271 views 35 secs 0 comments

Pemilik Tepi Jalan Mampu Bayar Gaji Pokok

In Bisnes, Ekonomi, Usahawan
October 20, 2024
“Saya membayar gaji pokok mereka sebanyak RM2,000. Di hujung tahun pula, mereka akan mendapat gaji bonus malah, salah seorang pekerja saya telah pun mendapat gaji bonus sebanyak RM2,000 tahun ini.

Shah Alam – Di samping pemilik perniagaan lain memberi gaji minimum RM 1,500, Pak Yeop berpendapat gaji minimum itu tidak dapat menghilangkan jerih penat pekerjanya. 

Pemilik Uncle Yeop Pisang Goreng, Khairul Anuar Abdul Rani, 55, tampil memberikan penjelasan sedikit sebanyak dengan perniagaannya.

Menurut kenyataan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi Belanjawan 2025 mengumumkan kadar gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari tahun hadapan.

Pelbagai respon daripada ramai pihak termasuk pemilik perniagaan Pak Yeop sendiri, menyuarakan bahawa peningkatan sebanyak RM200 itu mendapat respon positif, namun respon negatif juga tidak lekang.

“Saya membayar gaji pokok mereka sebanyak RM2,000. Di hujung tahun pula, mereka akan mendapat gaji bonus malah, salah seorang pekerja saya telah pun mendapat gaji bonus sebanyak RM2,000 tahun ini.

“Ini sebenarnya perniagaan keluarga, namun dengan berkat bantuan dari pekerja saya sedikit sebanyak meringankan beban kami. Saya pun anggap mereka macam anak sendiri yang sentiasa ada dalam susah dan senang saya bersama isteri,” katanya.

Pak Yeop yang memulakan persediaan meniaga dari 7.30 pagi sehingga 5.30 petang sudah lali dengan rutinnya selama 20 tahun.

Tidak ramai yang sanggup berniaga, namun, perniagaan yang bertahan selama bertahun-tahun bukanlah perkara mudah dengan ekonomi sekarang yang tidak stabil.