UiTM akan teliti cadangan penambahbaikan elaun SKP
SHAH ALAM: UiTM akan meneliti cadangan penambahbaikan kadar elaun Skim Khidmat Pelajar (SKP) susulan pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelbagai pihak berhubung kebajikan mahasiswa. Dalam satu kenyataan media, UiTM memaklumkan perbincangan lanjut akan diadakan melibatkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pejabat Bendahari dan Majlis Perwakilan Pelajar […]
