913 views 2 mins 0 comments

Israk Mikraj Dihayati, Jasa Perwira ATM Dihargai

In Berita, Komuniti
February 02, 2025
Sebahagian daripada peserta program bergambar bersama kenamaan dan tetamu khas pada Program Sambutan Israk Mikraj Peringkat Alor Gajah di Masjid Ar-Rahman Kg Parit Melana, Durian Tunggal pada Jumaat. [Foto: Consultancy Public Relations Agency (cPR Agency)]

ALOR GAJAH (MELAKA) – Umat Islam diseru menghayati peristiwa Israk dan Mikraj yang membawa mesej penting terutamanya dalam memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap Islam serta nilai-nilai murni dalam komuniti.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, hal tersebut juga selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang menekankan keilmuan, kesejahteraan, dan keharmonian.

“Penganjuran program keilmuan dan keagamaan setiap tahun adalah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang berilmu dan berakhlak selari dengan dasar Rahmatan Lil Alamin yang menjadi tunjang kepada kerajaan hari ini.

“Kerajaan sentiasa komited dalam memperkasa aspek keilmuan dan kerohanian” katanya ketika berucap merasmikan program sambutan Hari Israk Mikraj Peringkat Alor Gajah di  Masjid Ar-Rahman Kg Parit Melana, Durian Tunggal di sini, semalam.

Program tersebut dianjurkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah dengan kerjasama pelajar tahun akhir, Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. 

Kira 400 penduduk sekitar hadir memeriahkan program yang menampilkan Imam Muda Asyraf sebagai penceramah jemputan khas program.

Pada majlis tersebut juga, seramai 40 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.

Adly berkata sesuatu kepada salah seorang anggota veteran ATM yang menerima sumbangan. [Foto: Consultancy Public Relations Agency (cPR Agency)]

Orang ramai yang ditemui memberikan reaksi positif terhadap penganjuran program tersebut yang disifatkan sebagai menarik dan bermanfaat.

Imam muda Asyraf beramah mesra bersama penduduk yang hadir. [Foto: Consultancy Public Relations Agency (cPR Agency)]

“Seronok dengan program, banyak ilmu dapat. Pendekatan yang menarik bawa ustaz jemputan terkenal di kampung, semoga program keagamaan sebegini dapat dibuat lagi di sini,” kata  Mahamad Seman. 

“Kalau ada lagi program macam ni, memang seronok..sangat rekomen” jelas Siti Fadillah Tajat.

Afiqah Abas
/ Published posts: 4

Melaporkan Fakta, Bukan Rekaan