381 views 2 mins 0 comments

Pengasuh  Didakwa Pelbagai Kes Cabul Kanak-Kanak

In Global
June 16, 2025
Pendakwa raya percaya lebih ramai lagi mangsa akan tampil membuat laporan berhubung kes ini- Gambar hiasan (Sumber: Centers for Disease Control and Preventions (CDC).

PERTH – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Perth atas pelbagai kesalahan jenayah seksual kanak-kanak ketika berkhidmat sebagai pengasuh kepada tiga keluarga, sejak tahun lalu.

Kurt David Charlton, 28, dari Nollamara, Utara Perth di dakwa atas beberapa pertuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak baru-baru ini

Charlton berdepan dengan tuduhan jenayah melibatkan beberapa kanak-kanak semasa menawarkan khidmat menjaga anak.

Majistret Gavin Mclean turut memaklumkan bahawa Charlton telah menyerahkan sijil semakan kelayakan bekerja dengan kanak-kanak serta pengesahan polis kepada bapa kanak-kanak tersebut di Scarborough.

Menurut pertuduhan, suspek didakwa telah melakukan serangan seksual serta kelucahan melampau terhadap kanak-kanak tersebut.

Berdasarkan fakta kes, kesalahan itu dipercayai berlaku berulang kali sambil merakam gambar mangsa dalam tempoh empat bulan, iaitu antara Oktober 2024 hingga Februari 2025.

‘Mangsa dan keluarga mangsa masih berada dalam keadaan trauma.’ kata pendakwa, mendakwa Charlton mungkin melakukan kesalahan lagi

Selain itu, di sebuah rumah di Alkimos, Charlton turut didakwa merakamkan secara tidak senonoh seorang kanak-kanak perempuan dan abangnya yang berusia empat dan enam tahun.

Suspek telah meletakkan sebuah telefon di Hamilton Hill bagi merakam seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun ketika mangsa berada dalam keadaan bogel menurut pihak polis.

Beliau berkata, ketika menjalankan pemeriksaan di rumah Charlton, mereka menemui sebuah telefon yang mengandungi gambar kanak-kanak yang dirakam secara tidak senonoh.

Charlton didakwa atas satu pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah 13 tahun, empat pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak dan empat pertuduhan merakam kanak-kanak secara tidak senonoh.

Pihak pendakwa turut memaklumkan bahawa enam lagi mangsa telah dikenal pasti dan terdapat kemungkinan besar lebih banyak pertuduhan akan dikemukakan.

Charlton kini di tahan dan sebutan semula kes akan berlangsung pada bulan depan.

http://www.watoday.com.au/national/western-australia/perth-babysitter-and-primary-teacher-charged-with-multiple-child-sex-offences-20250613-p5m78q.html: Pengasuh  Didakwa Pelbagai Kes Cabul Kanak-Kanak

Ain Fathiah
/ Published posts: 2

Menelusuri Fakta, Menyuarakan Kebenaran.