4247 views 48 secs 0 comments

Operasi Bersepadu MBSA di Seksyen 7, Penjaja Haram Disita

In Komuniti
January 16, 2026
Anggota Jabatan Perlesenan sedang giat memeriksa tapak penjaja sementara di Jalan Kristal H 7/H. (Foto: Instagram Sacitycouncil)

SHAH ALAM – Satu Operasi Bersepadu Tapak Penjaja Sementara telah dijalankan di sekitar Jalan Kristal H 7/H, Jalan Plumbum T 7/T dan Jalan Plumbum P 7/P, Seksyen 7, semalam.

Operasi tersebut dilaksanakan Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Seramai 28 anggota daripada jabatan dalaman MBSA terlibat dalam pelaksanaan operasi berkenaan.

Dalam operasi ini, tindakan sitaan telah diambil terhadap barangan milik penjaja yang didapati melanggar peraturan.

Sitaan tersebut melibatkan barangan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti perniagaan sementara di lokasi terlibat.


Anggota MBSA menyita barangan peniaga yang didapati melanggar peraturan. (Foto: Instagram Sacitycouncil)

Operasi ini dijalankan sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan MBSA terhadap tapak penjaja sementara di kawasan Seksyen 7.

Sementara itu, operasi bersepadu ini turut mendapat respon positif daripada pelbagai pengguna media sosial.

“Saya bukan nak sokong pihak majlis, tindakan ini perlu sebab tapak parking kereta jadi tempat berniaga, dahlah itu laluan utama org nak keluar.

“Dahlah berniaga tanpa lesen dah salah tambah lagi susah kan pengguna jalan raya pula,” kata seorang pengguna Facebook.

Manakala menurut seorang pengguna media sosial Instagram, aktiviti penjajaan secara tidak sah berkenaan menyukarkan orang ramai untuk melalui jalan berkenaan kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Terbaik, memang menyusahkan orang nak beli, order dalam kereta tunggu dalam kereta.

“Ingatkan jalan sesak rupanya tunggu makanan jadi jalan dua hala jadi satu hala,” katanya.

Nik Iman
/ Published posts: 6

Kebenaran tak perlu dihias