146 views 2 mins 0 comments

Bangga Guna ChatGPT, Graduan Dikecam

In Global
June 25, 2025
Seorang pelajar yang didakwa menunjukkan ChatGPT di komputernya di Universiti California, Los Angeles. (Foto: NDTV)

LOS ANGELES: Seorang pelajar Universiti California, Los Angeles (UCLA) tular di media sosial selepas mengaku secara terbuka menggunakan ChatGPT untuk menyiapkan projek akhir semasa majlis graduasinya, pada 20 Jun lalu.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial, pelajar tersebut yang memakai jubah graduasi, mengeluarkan komputernya dan memaparkan ChatGPT, alat dari OpenAI yang membantunya menyiapkan projek akhir.

“Graduan UCLA meraikan dengan menunjukkan ChatGPT yang digunakannya untuk projek akhir tepat sebelum tamat pengajian secara rasmi,” demikian keterangan gambar yang disertakan bersama hantaran tersebut.

Antara hantaran yang tular di aplikasi X memperlihatkan seorang graduan UCLA menunjukkan skrin ChatGPT di komputer ribanya semasa majlis graduasi. (Foto: NDTV)

Apabila video tersebut meraih jutaan tontonan, sebahagian besar pengguna media sosial mengecam tindakan pelajar itu kerana tidak memikirkan akibatnya memandangkan markah akhir masih belum dikira sepenuhnya.

Kebangkitan kecerdasan buatan (AI) telah menyebabkan para profesional serta pelajar di seluruh dunia menyerahkan tugasan mereka kepada chatbot yang dikuasakan oleh Model Bahasa Besar (LLM). 

Daripada menulis emel sehinggalah menyiapkan tugasan, penggunaan chatbot kini telah menjadi satu kebiasaan bagi ramai orang. 

Data kajian yang dikumpulkan oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) mendapati bahawa chatbot AI menyebabkan manusia kurang menggunakan daya pemikiran mereka. 

Walaupun penggunaan chatbot membolehkan tugasan disiapkan 60 peratus lebih pantas, ia juga mengurangkan “beban kognitif sebenar” sebanyak 32 peratus.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa lebih 80 peratus penggunaChatGPT tidak dapat memetik kembali isi karangan yang mereka hasilkan beberapa minit sebelumnya. 

Karangan yang dihasilkan dengan bantuan ChatGPT juga sangat serupa antara satu sama lain. 

Apabila guru diminta menilai karangan tersebut, mereka berkata mereka dapat merasakan bahawa “ada sesuatu yang tidak kena.”

Danish Hakimi Khair Khaizal
/ Published posts: 2

Membongkar Kebenaran, Menyuarakan Suara Rakyat