Seperti kita sedia maklum kerajaan sangat mendokong usaha anak tempatan dalam perniagaan lagi lagi untuk melebarkan sayap ke pasaran luar.
Produk tempatan yang dikenali sebagai Chemilan ini diusahakan oleh Puan Nasyrah Zainuddin pada 18 Januari 2020 iaitu sewaktu pandemik melanda negara. Menurutnya, sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) beliau terpaksa mencari solusi untuk menjual produk Chemilan ini.
“Pada waktu itu kita terpaksa mengubah teknik jualan dari offline ke online dan kita berjaya mempromosikan produk Chemilan dengan baik sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)” katanya.
Segelintir pembeli tertarik dengan produk ini kerana namanya yang unik iaitu Chemilan. Perkataan Chemilan yang membawa maksud jajan ini berasal dari Tanah Jawa. Pengasasnya Puan Nasyrah Zainuddin juga terinspirasi dari bapanya yang berasal dari sana.
Pengusaha Chemilan ini juga berkongsi bahawa beliau ingin mengembangkan lagi perniagaannya di Singapura dan Vietnam kerana mereka mempunyai reseller yang berdaftar di sana. Menurutnya, pasaran di sana juga menerima jualan produk Chemilan kerana ia dekat di hati pembeli.
Rata-rata pembeli menggemari Coklat Lego warna-warni kerana ia unik dan menarik perhatian. Puan Nasyrah ada berkongsi sedikit pengalamannya semasa menjual di Singapura.
“Saya rasa sangat teruja kerana tidak menyangka sambutan jualan Chemilan di sana sangat memberangsangkan mana tidaknya baru sehari menjual habis semua produk yang dibawa dari Malaysia” katanya.
Ini memberikan impak yang besar kepadanya dan beliau merasakan produk Chemilan ini mampu menembusi pasaran luar. Dia juga berhasrat ingin memasukkan setiap produk Chemilan di setiap kedai kedai serbaneka di Singapura dan Vietnam. Ini menjadikan ia antara salah satu negara pertama untuk mengeksport produk keluaran Chemilan secara terus tanpa melalui reseller.
Menurut Puan Nasyrah produk Chemilan ini membawa satu niche iaitu satu tema yang berkonsepkan kekeluargaan tanpa mengira umur, tua, muda, dewasa atau kanak-kanak kerana ia melengkapi antara satu sama lain. Untuk pengetahuan semua Chemilan ada mengeluarkan pelbagai jenis produk seperti kudap-kudapan, kuih, coklat, sambal dan banyak lagi.
Kepada pembeli yang ingin mendapatkan produk Chemilan boleh berkunjung ke HQ yang beralamat di NO 41-1, Jalan Pegaga U12/D Desa Alam, Seksyen U12 Shah Alam 40170 Shah Alam, Selangor. Ataupun boleh berkunjung ke pasaraya pasaraya berdekatan seperti di NSK, Rosyam Mart dan Hero Market.
