
PARIS: Empat terbunuh dalam satu kebakaran dahsyat yang memusnahkan sebuah apartment 10 tingkat di Reims wilayah Champagne, Perancis, minggu lalu.
Menurut Pendakwa Raya Reims, Francois Schneider, seorang remaja lelaki dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan tersebut, lokasi kebakaran dipercayai bermula.
“Mayat yang ditemui dalam apartment tersebut dipercayai abangnya yang berusia 15 tahun.
“Dalam pada itu, seorang wanita berusia 87 tahun bersama anak lelakinya yang berusia 59 tahun, yang tinggal di tingkat lapan apartment itu disahkan meninggal dunia berpunca daripada sesak nafas, akibat terhidu asap tebal.
“Dua individu, termasuk bapa tiri kepada dua remaja lelaki yang terkorban, mengalami kecederaan parah. Seramai 26 mangsa lain turut dikejarkan ke hospital akibat kecederaan ringan,” jelasnya.
Schneider menegaskan bahawa kebakaran itu berlaku secara tidak sengaja dan tiada unsur jenayah dikesan.
“Kebakaran ini berpunca daripada sebuah skuter elektrik yang terbakar secara tiba-tiba dan menyambar seluruh bangunan dalam sekelip mata,” katanya lagi.
Menurutnya, kebakaran melibatkan bateri amat sukar dipadam.
Pasukan bomba terpaksa bertarung selama lebih tiga jam sebelum api dapat dikawal. -CNN World
https://edition.cnn.com/2025/06/07/europe/electric-scooter-fire-deaths-france-intl: Inovasi Bertukar Tragedi: Empat Terbunuh Akibat Skuter Elektrik