390 views 41 secs 0 comments

Kerusi Kristal Van Gogh Rosak, Muzium Verona Dedah Rakaman CCTV

In Global
June 25, 2025
Detik karya seni diduduki pengunjung lalu patah. (FOTO-Facebook Museums News)

VERONA – Sebuah kerusi penuh Swarovski karya artis Itali, Nicola Bolla, diinspirasikan daripada lukisan ikonik Van Gogh’s Chair (1888) patah setelah diduduki seorang pengunjung lelaki di Palazzo Maffei Casa Museo, muzium seni di Verona.

Insiden bermula apabila seorang wanita, dipercayai pasangan kepada seorang pengunjung lelaki, berpura-pura duduk di atas kerusi ikonik itu untuk bergambar.

Ketika tiba giliran lelaki berkenaan bergambar, dia benar-benar duduk di atas kerusi tersebut sehingga menyebabkan dua kaki hadapan kerusi patah.

Kejadian bulan April ini dirakam dari CCTV dan dimuat naik sendiri oleh pihak muzium baru-baru ini.

Pengarah Muzium, Vanessa Carlon menyatakan kejadian ini adalah sebuah mimpi ngeri semua muzium.

Beliau turut menambah bahawa pasangan ini menunggu sehingga staf tiada untuk melakukan sesi penggambaran itu.

Kerusi ini dihasilkan antara tahun 2007 hingga 2008 menggunakan ratusan kristal Swarovski, maka ianya amat rapuh.

Kebimbangan pihak muzium hilang apabila kerusi yang dianggap tidak dapat dibaiki dengan sempurna, berjaya dipulihkan.

Dimaklumkan oleh Carlon , karya terkenal ini berjaya dibaiki dan pihak berkuasa sedang menyiasat identiti pengunjung terlibat.

“Karya ini kini kembali bersninar,” ucap Carlon.

Pihak Palazzo Maffei juga memuat naik rakaman CCTV kejadian tersebut sebagai peringatan buat pengunjung agar lebih berhati-hati dan menghormati karya seni.

“Kerana karya seni bukan sahaja untuk dilihat, tapi juga untuk dihargai,” tambahnya.

https://edition.cnn.com/2025/06/16/travel/museum-tourist-breaks-van-gogh-chair-scli-intl: Kerusi Kristal Van Gogh Rosak, Muzium Verona Dedah Rakaman CCTV
Teja Mohmad
/ Published posts: 2

Bukan Mencari Perhatian, Hanya Berkongsi Kebenaran