500 views 4 secs 0 comments

8 Muka Baharu Dilantik Ahli Majlis MBSA

In Berita
January 16, 2026
Barisan 24 Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) penggal 2026/2027

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengumumkan pelantikan seramai 24 Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk lapan muka baharu penggal 2026 hingga 2027.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim, pelantikan tersebut melibatkan wakil Parti Keadilan Rakyat (10), DAP (7) dan AMANAH (6), termasuk seorang Orang Besar Daerah (OBD).

Tambahnya, gabungan strategik ahli majlis baharu dan yang dikekalkan bagi sesi kali ini diharap dapat membantu MBSA mengemudi serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Lapan muka baharu yang dilantik adalah Sarimah Lisut, Kumaravel Subrayan, Bariqul Zaman Batharul Zaman, Arif Abdullah, Khairul Naim Rafidi, Wan Shaharuddin Shah Ismail, Saravanan Gannapathy dan Jacky Ng Chee Eng.

Majlis angkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan berlangsung di hadapan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim di Dewan Perbandaran Wisma MBSA, 9 Januari lalu.

Insyirah Suhaini
/ Published posts: 0

Menulis kerana Tuhan, bersuara untuk manusia