385 views 57 secs 0 comments

1,000 kunjungi Festival COMMED 2024

In Berita, Kampus
November 07, 2024
UiTM - Kira-kira 1,000 orang mengunjungi Festival Komunikasi dan Media 2024 (COMMED 2024) yang diadakan di Dataran Gunasama, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), di sini, pada 6 hingga 7 November.

UiTM – Kira-kira 1,000 orang mengunjungi Festival Komunikasi dan Media 2024 (COMMED 2024) yang diadakan di Dataran Gunasama, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), di sini, pada 6 hingga 7 November.

Karnival tersebut mendapat kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai rakan strategik utama festival yang diadakan bersempena sambutan 52 tahun penubuhan fakulti tersebut.

Dekan FKPM, Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman, berkata festival tersebut menggabungkan konsep akademik dan pameran bagi mendedahkan pengunjung khususnya pelajar kepada senario sebenar industri media ketika ini.

“Program dua hari ini bertujuan menghasilkan ruang dedikasi untuk dialog dan kolaborasi yang akan memberi inspirasi serta memperkasakan komunikasi dan industri media.

“Bagi menangani cabaran dunia moden yang kian berubah, adalah amat signifikan untuk memperkasakan budaya komunikasi dan media yang bersifat transformatif, inovatif dan bertanggungjawab, ” katanya semasa berucap pada majlis perasmian penutup festival tersebut.

Dari kanan, Nur-ul Afida, Jamalunlail, dan Abd Rahman mendengar penerangan daripada salah seorang pempamer di COMMED Festival UiTM Shah Alam.

Fastival tersebut dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri),  Prof Dr. Jamalunlail Abdullah Yang mewakili Naib Caselor UiTM.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita), Nasriah Darus dan pegawai kanan Bernama.

COMMED 2024 menyaksikan penyertaan lebih 20 rakan industri terdiri daripada organisasi media, agensi kerajaan dan badan koperat.

Selain pameran, beberapa acara menarik turut diadakan seperti bengkel pelaporan berita, pertandingan e-sukan, sesi perkongsian bersama pemain industri, dan persembahan artis jemputan turut diadakan.