24 views 3 mins 0 comments

Sentuhan nostalgia ubah hobi jadi rezeki empat angka

In Bisnes, Ekonomi
November 15, 2026

SHAH ALAM – Di mata masyarakat, sekeping kad bergambar watak kartun lazimnya dianggap mainan kanak-kanak yang tiada nilai komersial. Namun, di sebalik kepingan kad fizikal yang sering dibiarkan berselerak itu, wujud sebuah pasaran senyap bernilai ribuan ringgit yang berjaya mengubah nasib seorang anak muda.

Bagi Frank, 26, apa yang bermula sebagai memori indah zaman kanak-kanak kini menjelma menjadi sumber rezeki lumayan yang konsisten menjana pendapatan empat angka setiap bulan.

“Permainan kad dagang Pokémon bukan sekadar hobi fizikal. Ia adalah dunia koleksi yang menyimpan nilai sentimental dan ekonomi yang cukup tinggi,” ujar Frank ketika ditemui SAT di tapak perniagaannya di PasarTCG, Shah Alam.

Nilai pasaran kad

Bukan semua kepingan kad dicipta setaraf. Menurut Frank, nilai pasaran sesebuah kad ditentukan oleh tiga elemen utama iaitu kehalusan karya seni, kekuatan fungsi kad dalam perlawanan kompetitif, dan paling penting faktor nostalgia yang meruntun jiwa para pengumpul dewasa.

Menerusi koleksi peribadinya, sebuah kad edisi terhad bernama “Pikachu Kimono” kini dianggarkan mencecah nilai pasaran sekitar RM5,000 sehelai.

Dan Frank mempunyai kad “Pikachu Kimono” yang ditandatangani oleh pelukis asal kad tersebut tambahan dengan kondisi kad yang sangat baik. Menyebabkan nilai pasaran kad tersebut meningkat dengan tinggi.

 Frank menunjukkan kad pokemon yang paling bernilai baginya

Angka itu membuktikan bahawa hobi moden ini bukan lagi sekadar kegiatan mengisi masa lapang, tetapi satu bentuk aset alternatif yang serius.

Sebelum mengusahakan perniagaan sendiri di ibu kota Selangor ini, Frank pernah menimba pengalaman bekerja di sebuah kedai hobi di Petaling Jaya. Pendedahan itu membentuk ketajaman matanya melihat potensi pasaran yang sering dipandang sepi oleh masyarakat arus perdana.

Di sebalik pulangan yang menyumbat poket, berniaga kad dagang di Malaysia datang dengan rencam cabaran tersendiri. 


Masalah utama yang sering membelenggu peniaga tempatan ialah kekangan mendapatkan bekalan stok baharu daripada pengeluar antarabangsa.

“Cabaran paling besar di Malaysia ialah mendapatkan produk baharu. Kebanyakan bekalan yang masuk ke rantau ini dikongsi bersama Singapura, jadi kami terpaksa ‘berkampung’ dan bersaing sengit untuk merebut bekalan terhad,” jelasnya.

Namun, kekangan itu tidak mematahkan semangat Frank. Dengan lonjakan populariti kad dagang yang semakin meroket dalam kalangan generasi muda pasca-pandemi, industri relinks dan koleksi ini terus bernyawa dan berkembang pesat.

Bagi Frank, kepingan kad kecil di tangannya bukan sekadar cebisan kertas berlamina. Sebaliknya, ia adalah bukti bahawa ketekunan terhadap minat mendalam mampu melakar kejayaan ekonomi di luar jangkaan.

Minat yang datang kepada Frank sejak beliau kecil lagi memberikan beliau peluang yang besar dan memumpung gaya hidup beliau sekarang. 

Syed Haikal
/ Published posts: 1

Life is like a gamble, this is why I don't play