216 views 49 secs 0 comments

Siapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Jenayah Siber – Fahmi

In Kampus, Komuniti
October 24, 2024
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika menyampaikan syarahan bertempat di UiTM Shah Alam.

SHAH ALAM – Pengguna media sosial diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengendalikan sebarang transaksi dalam talian kerana mereka sentiasa terdedah kepada risiko penipuan yang didalangi sindiket jenayah siber. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata siapa sahaja boleh menjadi mangsa jenayah tersebut kerana sindiket ini tidak pernah memilih latar belakang pendidikan, pekerjaan dan lokasi individu yang mahu diperdaya.

“ Jangan kita anggap kita dekan, kita pelajar, makcik yang duduk di Ceruk Tok Kun, Manik Urai, Kapit, Pulau Bumbum di Semporna, atau dari Kuala Lumpur tak bererti jenayah tidak dapat cari kita “ kata Fahmi Fadzil.

Fahmi menyatakan bahawa sehingga kini, 24,687 kes jenayah siber telah direkodkan, melibatkan kerugian sehingga RM1 bilion akibat penipuan dalam talian. Aplikasi Telegram dan Facebook dikatakan sering disalahgunakan oleh penjenayah siber.

Fahmi turut mengingatkan orang ramai untuk terus berhati-hati dan ingat dengan slogan “kalau tak pasti, jangan kongsi; kalau tak kenal, sila waspada” sebagai peringatan daripada terpedaya dengan jenayah siber ini.

Beliau turut meminta Menteri Kewangan untuk menakrifkan undang-undang yang lebih ketat terhadap aktiviti judi dalam talian, serta meminda Akta Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan pelaku jenayah siber dihukum sekeras-kerasnya.

Jenayah dalam talian bukan lagi perkara remeh, dan semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan dalam talian dipertingkatkan.

Tindakan segera perlu diambil agar platform media sosial dan aplikasi dalam talian tidak terus menjadi medan penipuan dan aktiviti jenayah.

Puteri Ain Ellyna Pekan
/ Published posts: 1

Mencerah Isu, Menjelaskan Fakta Yang Keliru, Dan Menyuarakan Hak Yang Perlu Diperjuangkan