Petaling Jaya – Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berbangsa Cina yang dilaporkan hilang di Kelana Jaya, Petaling Jaya sejak hari Khamis lalu.
Hebahan orang hilang berkenaan dimuat naik seorang pengguna media sosial, Andy Ng di laman Facebook Seksyen 7 Shah Alam Community pada sekitar jam 7 pagi.
Berdasarkan hebahan itu, remaja berkenaan dikenali sebagai Khoo Li Yen, 19 tahun.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja terbabit diminta tampil ke Balai Polis Kelana Jaya di talian 03-78062222.
Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.
