252 views 3 secs 0 comments

Remaja Delhi Pengsan Di Festival Sunburn EDM Disahkan Maut

In Berita, Global
January 14, 2025

GOA – Seorang remaja berasal dari Delhi pengsan di pekarangan Festival Sunburn EDM di perkampungan Dhargal di utara Goa, Ahad lepas.

Menurut kenyataan seorang pegawai polis Goa, remaja tersebut dikejarkan ke hospital selepas kejadian, namun meninggal dunia semasa menjalani rawatan.

“Mangsa dikenali sebagai Karan Kashyap, 26, penghuni Rohini di Delhi barat.

“Kejadian berlaku pada pukul 9:45 malam Sabtu. Kashyap yang rebah dan tidak menyedarkan diri terus dibawa ke sebuah hospital swasta di Mapusa. Mangsa meninggal dunia semasa menjalani rawatan,” katanya.

Menurutnya lagi, proses bedah siasat akan dijalankan di Kolej Perubatan dan Hospital Goa bagi mengenal pasti punca kematian.

Festival Sunburn merupakan acara akhir tahun terbesar di Goa. 

Terdahulu, kematian tiga warga India pada 2019 yang meninggal di festival sama menarik perhatian kalangan ahli politik di India. – Hindustan Times

Atiqah Halim
Journalist / Published posts: 2

Bukan Sekadar Cerita