373 views 57 secs 0 comments

Seni Tradisional Kembali Meriah di Shah Alam

In Berita
May 18, 2025
Rentak zapin memukau di program Lepak Seni Rentak, Rasa, dan Rakyat (3R). FOTO-MBSA

SHAH ALAM – Shah Alam kembali meriah dengan penganjuran program Lepak Seni Rentak, Rasa, dan Rakyat (3R) anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Program yang berlangsung pada 17 Mei lalu di Taman Warisan, Tasik Shah Alam di sini, berjaya menarik kehadiran ratusan pengunjung pelbagai lapisan masyarakat.

Pengunjung dihiburkan dengan pelbagai persembahan berteraskan budaya tradisional selain makanan dan kuih muih tradisional percuma tajaan beberapa vendor terlibat.

Antara persembahan yang menjadi tarikan adalah persembahan dikir barat Geng Wak Long dan persembahan traditional pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), kumpulan tarian Sanggar Budaya, keroncong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan dan banyak lagi.

Kumpulan persembahan Dikir Barat Geng Wak Long UiTM Tradisional mengadakan persembahan di program Lepak Seni Rentak, Rasa, dan Rakyat (3R) pada Sabtu. FOTO-MBSA

Seorang pengunjung, Raudatul Jannah Shahril, 23, melahirkan rasa teruja menyaksikan elemen 3R yang ditampilkan pada program tersebut.

“Saya rasa seronok tengok persembahan macam ni sebab saya sendiri pelajar seni muzik.

“Program seperti ini sangat penting sebab generasi sekarang ramai yang kurang tahu tentang seni tradisional,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Muhammad Aziim Khahar, 23, menyifatkan kesempatan menontoh persembahan kebudayaan sedemikian mengembalikan semula memori ketika melibatkan diri dalam aktiviti seni kebudayaan sebelum ini.

“Saya selalu tengok persembahan begini dan juga sering turut serta dalam persembahan caklempong.

“Jadi bila tengok balik semua ni, memang teruja sangat. Teringat masa saya buat persembahan sebelum ni.

“Memang program macam ini perlu diperbanyakkan supaya kita anak muda tak mudah lupa tradisi sendiri,” katanya.

Teja Mohmad
/ Published posts: 2

Bukan Mencari Perhatian, Hanya Berkongsi Kebenaran