210 views 59 secs 0 comments

China Tawar Ijazah Haiwan Peliharaan

In Global
July 01, 2025
China memberi ruang kepada haiwan peliharaan dalam dunia akademik menerusi pengenalan program ijazah universiti pertama yang memfokuskan kepada haiwan peliharaan, selaras dengan peningkatan permintaan terhadap tenaga profesional terlatih dalam industri yang pesat berkembang. (Foto fail: AFP/Agatha Cantrill)

BEIJING- China memperkenalkan program ijazah sarjana muda pertama di Universiti Pertanian China yang memfokuskan kepada haiwan peliharaan, sebagai usaha menangani kekurangan tenaga pakar dalam industri yang semakin berkembang pesat bermula September ini. 

Program ini berlangsung selama empat tahun dengan pengambilan pertama seramai 50 pelajar memberi tumpuan kepada pemeliharaan, pemakanan dan penjagaan haiwan seperti anjing dan kucing. 

Berbeza dengan program sains haiwan tradisional yang biasanya memfokuskan kepada ternakan seperti lembu dan kambing, kursus baharu ini memberi tumpuan kepada haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan kuda.

Menurut maklumat rasmi Universiti Pertanian China, pelajar akan dilatih dalam bidang pemakanan, tingkah laku, pembiakan, dan penjagaan menyeluruh haiwan peliharaan.

Program ini bertujuan melahirkan tenaga profesional yang mampu memenuhi permintaan industri haiwan peliharaan yang semakin berkembang pesat.

“Haiwan peliharaan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia moden,” kata Liu Guoshi, Timbalan Dekan Kolej Sains Haiwan.

Beliau turut menjelaskan bahawa haiwan peliharaan bukan sekadar teman, tetapi memainkan peranan penting dalam kesejahteraan emosi dan sosial pemiliknya.

Justeru itu, China memerlukan tenaga kerja profesional yang benar-benar terlatih dalam bidang berkaitan haiwan peliharaan.

China kini menyaksikan pertumbuhan pesat dalam pasaran haiwan peliharaan, yang dianggarkan bernilai ratusan bilion yuan.

Fenomena peningkatan pemilikan haiwan peliharaan, khususnya dalam kalangan generasi muda, mendorong permintaan terhadap khidmat profesional.

Antara khidmat yang semakin diperlukan termasuk pakar pemakanan haiwan, jurulatih tingkah laku dan doktor haiwan khusus.

Langkah pengenalan kursus ini dilihat bukan sahaja sebagai inovasi dalam sistem pendidikan, tetapi juga sebagai usaha memperkasa sektor pekerjaan baharu.

https://www.channelnewsasia.com/east-asia/china-first-pets-university-degree-skilled-professionals-demand-5202331: China Tawar Ijazah Haiwan Peliharaan
Aina Balqis Ahmad Nizam
/ Published posts: 1

Satu Kebenaran Pada Satu Masa