131 views 54 secs 0 comments

Penduduk Taman Sri Muda Bimbang Banjir Besar Berulang

In Berita, Komuniti
November 17, 2026

SEKSYEN 25 – Situasi hujan lebat berterusan sejak minggu lalu mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan penduduk di Taman Sri Muda, di sini yang pernah menjadi mangsa banjir besar pada 2021.

Qrisya Yasin, 22 ,berkata, taburan air hujan yang tinggi  dalam tempoh singkat menyebabkan sistem saliran  tidak mampu menampung aliran air  di kawasan tersebut. 

“Keadaan sungai dan longkang mungkin tidak dapat mengalirkan air dengan lancar juga boleh menyebabkan air bertakung sebelum melimpah ke jalan raya serta kawasan perumahan.

“Keadaan ini selalu berlaku tetapi tempat yang biasa naik memang akan naik waktu hujan lebat non-stop,

“Kami mahu tinggal dalam keadaan yang selamat dan tidak perlu berasa takut setiap kali hujan lebat turun,” katanya kepada Shah Alam Times.

Seorang lagi penduduk, Redzal Mutalib, 38, berkata, pengalaman menyaksikan kawasan perumahannya ditenggelami air sehingga paras satu tingkat rumah masih memberi kesan kepadanya sehingga kini.

Menurutnya, ketika banjir besar melanda, air di kediamannya yang mempunyai dua tingkat mencecah paras antara 10 hingga 12 kaki sehingga menyebabkan pelbagai barangan dan kenderaan gagal diselamatkan.

“Yang paling tidak dapat lupakan, saya dapat menyelamatkan orang lain, tetapi gagal menyelamatkan rakan sendiri yang terkorban ketika banjir itu,” katanya.

Sementara itu, penduduk turut menggesa pihak berkuasa, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan segera bagi mengurangkan risiko kejadian banjir berulang.

Kejadian Disember 2021 menjadi tumpuan apabila kawasan itu dilanda banjir teruk yang turut mengorbankan sekurang-kurangnya 12 nyawa, selain mendatangkan kerugian kepada penduduk kawasan berkenaan.

Hanis Ruslan
/ Published posts: 1

A mind full of questions