754 views 47 secs 0 comments

Polis Mohon Kerjasama Orang Ramai Kesan Remaja Hilang

In Berita, Komuniti
January 11, 2025
Khoo Li Yen dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Petaling Jaya – Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berbangsa Cina yang dilaporkan hilang di Kelana Jaya, Petaling Jaya sejak hari Khamis lalu.

Hebahan orang hilang berkenaan dimuat naik seorang pengguna media sosial, Andy Ng di laman Facebook Seksyen 7 Shah Alam Community pada sekitar jam 7 pagi.

Berdasarkan hebahan itu, remaja berkenaan dikenali sebagai Khoo Li Yen, 19 tahun. 

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja terbabit diminta tampil ke Balai Polis Kelana Jaya di talian  03-78062222.

Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Maria Madelina
/ Published posts: 3

Bukan Sekadar Cerita Pincisan, Tapi Bertujuan Untuk Mendidik Serta Memajukan Masyarakat Sebagai Akar Intelektualisme