2363 views 3 secs 0 comments

Bapa Naib Canselor UiTM Meninggal Dunia

In Berita
December 20, 2024
Dr. Shahrin dan isteri, Datin Dr Fadzilah Salim bergambar bersama Allahyarham bapanya dalam satu pertemuan baru-baru ini. [Foto: Facebook Naib Canselor UiTM]

SHAH ALAM – Bapa kepada Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin meninggal dunia di Hospital Segamat pada jam 7:30 malam, Jumaat akibat pendarahan dalam otak.

Berita pemergian Allahyarham Sahib @ Sahibuddin itu dimaklumkan pegawai khas beliau, Afizul Sobri melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Sepinang, Segamat, Johor.

Allahyarham menghembuskan nafas pada usia 90 tahun merupakan seorang pesara guru telah meninggalkan enam orang anak.

Terdahulu, Dr. Shahrin dalam hantaran di akaun Facebook miliknya memberi gambaran tentang keadaan kesihatan ayahnya yang semakin merosot.

“Kematian yang merupakan berpisahnya roh dengan jasad adalah suatu kepastian kepada semua yang bernyawa.

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan,” menurut perkongsian itu.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.

Maria Madelina
/ Published posts: 3

Bukan Sekadar Cerita Pincisan, Tapi Bertujuan Untuk Mendidik Serta Memajukan Masyarakat Sebagai Akar Intelektualisme