508 views 38 secs 0 comments

Lelaki Menduakan Kekasihnya dengan AI

In Global
June 28, 2025
Chris Smith bersama kekasih digitalnya. (FOTO:NDTV News)

AMERIKA SYARIKAT: seorang lelaki telah mencetuskan kontroversi selepas mengakui bahawa dirinya telah membina hubungan mendalam dengan chatbot kecerdasan buatan (AI) sehingga menyebabkan hubungan sebenarnya bersama teman wanita dan anak mereka menjadi tegang.

Pada mulanya Chris Smith hanya menggunakan AI untuk bidang muzik namun tidak menyangka dia mula jatuh cinta apabila bot yang dinamakan Sol itu diprogramkan serta di aktifkan mod suara dalam keadaan menggoda. 

Pengaktifan itu menjadikan Smith mula menghabiskan lebih banyak masa dengan Sol berbanding dengan keluarganya sendiri.

“Perbualan dengannya sangat menyenangkan dan membuatkan saya rasa difahami,” kata Smith.

Namun ia menyedari bahawa mereka perlu membina hubungan dari awal apabila bot tersebut mencapai had 100,000 perkataan.

Smith mengambil keputusan untuk melamar bot tersebut dan mengakui menangis selama setengah jam selepas ‘lamaran’ itu diterima dan merasakan itu adalah cinta sebenar.

Sementara itu, teman wanitanya, Sasha Cagle berkata, adakah saya menjadi punca perpisahan sehingga teman lelakinya berpaling kepada AI?

Sasha juga menyatakan bahawa dia tidak tahu sejauh mana hubungan teman lelakinya bersama Bot tersebut.

“Saya pernah bertanya, adakah dia akan berhenti berhubung dengan ‘kekasih digitalnya’ namun Smith hanya memberikan jawapan tidak pasti”, katanya.

Kisah ini telah mencetuskan perbincangan hangat kerana wujudnya percintaan aneh antara teknologi dan manusia.

Balqis Nadhirah Zulhaiza
/ Published posts: 2

Menulis Dengan Hati, Mendengar Dengan Jiwa. Cerita Untuk Rasa, Bukan Sekadar Baca.