Yearly Archives: 2025
SHAH ALAM – Atlet angkat berat kebangsaan, Aniq Kasdan dan pemanah elit, Nurul Azreena Mohamad Fazil dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati UiTM 2024 pada Majlis Anugerah Sukan UiTM (MAS) 2024 di Dewan Agung Tuanku Canselor, di sini. Aniq, 23, mencipta sejarah apabila memenangi anugerah tersebut buat kali ketiga berturut-turut sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon […]
SHAH ALAM- Penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis cukup sinonim dalam kalangan individu dewasa. Namun, ini tidak bermakna golongan muda terutamanya kanak-kanak boleh terlepas daripada risiko dijangkiti penyakit ini. Berdasarkan data dari Pangkalan Data Kebangsaan Kanak-kanak dan Remaja dengan Diabetes, bentuk diabetes yang lazim menyerang kanak-kanak di Malaysia ialah diabetes jenis 1, yang […]
BEIJING- China memperkenalkan program ijazah sarjana muda pertama di Universiti Pertanian China yang memfokuskan kepada haiwan peliharaan, sebagai usaha menangani kekurangan tenaga pakar dalam industri yang semakin berkembang pesat bermula September ini. Program ini berlangsung selama empat tahun dengan pengambilan pertama seramai 50 pelajar memberi tumpuan kepada pemeliharaan, pemakanan dan penjagaan haiwan seperti anjing dan […]
CHONGQING- Sebuah hotel di China, Lehe Ledu Liangjiang Holiday, diarahkan untuk menghentikan serta-merta perkhidmatan mengejutkan tetamu dengan kehadiran panda merah ke dalam bilik kerana dikhuatiri menjejaskan kebajikan haiwan tersebut. Melalui servis itu, panda merah dibawa masuk ke dalam bilik tetamu untuk memanjat atas katil dan ‘mengejutkan’ mereka secara langsung. Pihak hotel memaklumkan terdapat empat ekor […]
Korea Utara- Majlis perasmian tempat peranginan pantai baharu, Wonsan Kalma Coastal Resort diadakan pada 24 Jun dengan keberadaan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. Menurut Kim, pembukaan tempat pelancongan terbesar di pantai timur negara itu adalah pencapaian hebat bagi Korea Utara selepas pembinaannya yang lebih sedekad. “Ini akan menjadi komponen utama dalam mewujudkan budaya pelancongan […]
KUALA LUMPUR– Skim Buy Now, Pay Later (BNPL) semakin popular dalam kalangan belia dan dikenal pasti sebagai antara punca peningkatan tabiat perbelanjaan tanpa kawalan dan beban hutang dalam kalangan generasi muda. Diperkenalkan sebagai kaedah pembayaran fleksibel, BNPL kini menjadi ‘perangkap kewangan’ sehingga mendorong pengguna membuat komitmen melebihi kemampuan sebenar. Bagi meningkatkan kesedaran tentang risiko tersebut, […]
SHAH ALAM- Minat mendalam dalam bidang perniagaan dan inspirasi daripada hidangan makanan barat telah mendorong seorang anak muda, Nadhirah Yulaidi, untuk memulakan perniagaan kecil yang diberi nama ‘Jacket Potato’. Walaupun berstatus pekerja sepenuh masa dalam bidang lain, Nadhirah tetap komited dalam mengendalikan perniagaannya itu, yang kini telah beroperasi hampir lapan bulan. Meskipun baru mempunyai satu […]
MASSACHUSETTS – Forever Paws Animal Shelter sedang mencari pemilik baru untuk Hendrix, burung kakak tua berusia 20 tahun yang terkenal dengan keunikannya dalam menggunakan kata-kata kasar. Menurut pihak pusat jagaan, “Kamus Hendrix kebanyakannya terdiri daripada kata-kata kasar dan penghinaan,” menjadikan Hendrix berbeza daripada burung lain. Ia kerap mengeluarkan kata-kata tidak senonoh secara spontan,mengejutkan sesiapa yang […]
BOGOR – Polis Indonesia menyerbu sebuah perhimpunan sosial di bandar Bogor pada minggu lalu dan menahan seramai 74 lelaki dan seorang wanita yang terlibat dalam sebuah “pesta gay” di Kota Bogor yang terletak di wilayah Jawa Barat, Indonesia. Serbuan tersebut dilaporkan berlaku selepas pihak berkuasa menerima maklumat awam mengenai aktiviti yang dikatakan melibatkan komuniti LGBTQ+ […]
SHAH ALAM – Autism Cafe Project (ACP) muncul sebagai ruang inklusif di mana individu autisme bukan sahaja diterima, malah diraikan seperti individu lain dalam masyarakat. Pengasas Autism Cafe Project (ACP), Adli Yahya, berkata projek ini dilaksanakan bagi membantu individu yang mempunyai spektrum autisme dengan memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Beroperasi di Bukit Jelutong, Shah Alam, […]
