73 views 3 mins 0 comments

Kek Malaya Penuhi Permintaan Produk Pastri Halal

In Bisnes, Ekonomi, Produk, Usahawan
May 04, 2026
Kuih Cream Puff, salah satu produk terawal Kek Malaya

SHAH ALAM- Niat asalnya hanya mahu memenuhi keinginan si isteri untuk menikmati Cream Puff berinti kastard yang kena dengan seleranya. Namun, siapa sangka ia akhirnya membuka pintu rezeki kepada seorang suami.

Lebih bermakna, perniagaan yang mempertaruhkan jenama Kek Malaya itu turut memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya mereka yang mencari produk pastri halal.

Menurut pengasasnya, Mior Ashraf Norul Bashah, tanggungjawab menyediakan alternatif yang diyakini halal dan bersih kerana ramai pengguna Muslim ketika itu tidak mempunyai banyak pilihan selain membeli daripada kedai bukan Muslim, menimbulkan keraguan terhadap sumber dan penyediaan makanan.

“Bila saya tengok orang Muslim kita membeli kek di kedai yang tidak diyakini status halalnya.

“Saya sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang bakeri ni merasa itu tanggungjawab saya untuk menyediakan pilihan kek yang halal kepada pembeli,” jelasnya.

Cawangan pertama Kek Malaya di Pusat Membeli-belah Ole OLe, Shah Alam

Mior turut mengambil peluang membeli lagi sebuah kedai milik bukan Muslim di Alam Megah untuk ditukar menjadi premis Muslim kerana kekurangan kedai kek Muslim di kawasan tersebut sekaligus memperluaskan lagi pilihan kepada pengguna.

“Ada kenalan propose jadi wakil di Seksyen 18 kerana di situ tiada lagi kedai bakeri muslim, jadi pelanggan tiada pilihan selain membeli di kedai bukan Muslim yang tiada status halal ketika itu,” jelasnya.

Walaupun demikian, beliau mengakui bahawa status pengesahan halal oleh JAKIM mungkin sedikit mencabar untuk diproses dan diaplikasikan oleh pihak kedai sepenuhnya mengikut piawai yang mereka inginkan.

“Kepercayaan terhadap pelanggan juga haruslah dibina melalui pelbagai cara termasuk penampilan pekerja, identiti jenama serta rangkaian produk yang jelas berteraskan konsep halal,” tambahnya lagi.

Bagi memastikan setiap produk yang digunakan tidak bercampur dengan bahan yang tidak diyakini status halal, Mior Ashraf mendapatkan bahan mentah daripada pembekal yang sah, selain turut memastikan dapur sentiasa bersih.

Mior bersama dua pekerjanya dincawangan kedai keknya di Shah Alam

Berkat kesungguhan dan minat yang mendalam ditunjukkan Mohd Ashraf dan kakitangan Kek Malaya, permintaan terhadap kek halal semakin meningkat sehingga pelanggan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan produk yang diyakini.

“Kadangkala pelanggan datang dari jauh, ada datang dari Puchong ke Alam Megah untukdapatkan kek halal sebab kedai kek susah nak cari di sana,” ujarnya.

Aneka pilihan produk bakeri Kek Malaya

Namun pada 2023, perniagaan ini mula menunjukkan penurunan apabila berdepan saingan hebat daripada peniaga dalam talian yang semakin agresif menawarkan produk bakeri pada harga dan pilihan yang pelbagai.

Dalam menghadapi cabaran, Mior tetap berpegang kepada tanggungjawab menyediakan pilihan makanan halal kepada masyarakat kerana perniagaan ini bukan sekadar mencari keuntungan tetapi satu perjuangan.

“Berniaga ni ada cabaran dari setiap sudut kerana sembilan daripada sepuluh rezeki beradapada perniagaan, jadi carilah keberkatan dengan tuhan dalam berniaga,” kata Mior.

Usaha perniagaan ini wajar disokong sebagai seorang pejuang bakeri Muslim yang terus komited memastikan akses kepada produk halal yang diyakini, walaupun berdepan tekanan pasaran moden.

Syasya Nizam
/ Published posts: 1

discover untold stories