Yearly Archives: 2026
SHAH ALAM – Kekurangan fizikal bukan penghalang bagi seorang gadis menghidap Osteogenesis Imperfecta (OI) atau penyakit tulang rapuh untuk menggengam segulung ijazah sarjana muda di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-104, semalam. Menghidap penyakit tersebut sejak lahir, Rusyamimie Badrol Sham, 24, enggan menjadikan faktor fizikal sebagai alasan untuk ketinggalan, sebaliknya membuktikan dia mampu berdiri […]
Shah Alam – Kelab Footgolf Gemilang Empire (GEFC) melancarkan jersi baharu pasukan sebagai simbol kesediaan mereka menghadapi Liga Footgolf Microleap Malaysia 2026, sambil mengukuhkan azam menjelang Piala Dunia Footgolf 2026 di Mexico pada 3 Jun ini. Presiden GEFC, Nizam Othman berkata, rekaan jersi tersebut membawa makna yang mendalam kepada pasukan dan pemain yang bakal bersaing […]
SHAH ALAM – Kelab bola sepak sosial, Ottigo Football Club (FC) tampil dengan pendekatan lebih profesional dalam usaha membina komuniti bola sepak setempat apabila melancarkan jersi rasmi pasukan dalam satu majlis di Cafe Seberang Terminal, Seksyen 17, pada Ahad. Walaupun hanya berstatus kelab amatur dan sosial, Ottigo FC yang ditubuhkan pada tahun 2023 mahu membuktikan […]
SHAH ALAM – Krisis bekalan global dilihat memberi kesan kepada ekonomi mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT), sekaligus memaksa mereka untuk mengubah corak perbelanjaan harian. Tinjauan oleh Shah Alam Times mendapati rata-rata mahasiswa IPT sekitar Shah Alam mengalami tekanan yang sama apabila kos sara hidup mereka mengalami peningkatan yang mendadak, terutamanya barangan asas dan keperluan akademik. […]
SHAH ALAM – 600 pek makanan berjaya diagihkan kepada mahasiswa dan komuniti sekitar Seksyen 7 dalam usaha merapatkan silaturahim menerusi Program Pelita Ukhuwah Komuniti Sejagat anjuran Unit Pengurusan Non Resident (UPNR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Program dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Non Resident (JPNR) ini diadakan di Masjid Seksyen 7. Menurut Pengarah Program, Raja […]
SHAH ALAM, 5 Mei – Ketiadaan kemudahan bas kampus ketika musim konvokesyen memaksa sebilangan pelajar UiTM, khususnya yang terlibat dengan aktiviti makmal, mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi menampung kos pengangkutan untuk ke kuliah. Menurut Hurul Ain Amira, 20, sepanjang tempoh konvokesyen, dia membelanjakan sebanyak RM30 sehari untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi tujuan berulang daripada rumah sewanya […]
SHAH ALAM, 13 Mei – Kemeriahan sesebuah majlis konvokesyen tidak hanya terletak kepada upacara atau pun kemunculan gerai di tapak pesta sahaja. Namun, gelagat pengunjung, khususnya ahli keluarga graduan yang hadir, turut mencuri perhatian orang ramai. Antaranya, gelagat sebuah keluarga yang memilih ‘berkelah’ di atas tikar getah berhampiran laluan utama di sebelah Dewan Agong Tuanku […]
Shah Alam – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan inisiatif Program Makan Percuma dengan mengagihkan 300 kupon kepada komuniti Seksyen 28, Shah Alam, pada Khamis, minggu lalu. Program yang bertujuan menangani impak kos sara hidup itu menyasarkan golongan kurang berkemampuan dari segi ekonomi di bawah kawasan pentadbiran MBSA, termasuk pekerja industri, penjawat awam serta mahasiswa […]
KUALA LUMPUR – Astro Arena mempertahankan Anugerah Siebel buat kali kedua berturut-turut pada Anugerah SAM-100PLUS 2025 yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini. Anugerah Siebel adalah pengiktirafan paling berprestij, berjaya dirangkul penerbit dan editor Astro Arena, Rizal Hashim menerusi artikel bertajuk “Bagaimana Seorang Pemegang Pasport British Menyarung Jersi Harimau Malaya” yang sebelum ini diterbitkan di […]
SHAH ALAM – Di saat kebanyakan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan, kedai Nasi Ayam Roasted di Seksyen 19, di sini, mencuri perhatian ramai apabila menjual menu nasi ayam dengan harga RM 5 berserta tambahan nasi percuma tanpa had. Promosi ini membuatkan kedai tersebut kekal menjadi pilihan ramai, khususnya pelajar, pekerja kilang dan golongan bujang yang […]
