Yearly Archives: 2026
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mahu kadar bayaran skim khidmat pelajar (SKP) dalam kampus di semua universiti awam (UA) yang berbeza-beza ketika ini diselaraskan dengan elaun program MySISWA@Job on Campus (MySISWA@JOC) yang dilancarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jun lalu. Presiden MPPK, Muhammad Irfan Firdaus Md Fauzi, berkata langkah tersebut penting bagi memastikan bayaran diterima mahasiswa […]
SERENDAH – Dalam usaha mendekati masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan perkongsian ilmu, mahasiswa UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bersama komuniti Orang Asli di Surau Al-Ikhlas, Kampung Ulu Melaka, di sini, baru-baru ini. Program Rehlah An-Nisa 2.0 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Melati, UiTM Shah Alam bertujuan untuk menyantuni golongan itu […]
SHAH ALAM – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM menggesa universiti tersebut menyemak semula kadar bayaran elaun Skim Khidmat Pelajar (SKP) yang sudah lebih 20 tahun tidak disemak. Penolong Naib Yang Dipertua MPP UiTM, Muhammad Zuhair Hazman Zohari berkata, kali terakhir skim tersebut disemak ialah pada 2006 dengan kadar bayaran ditetapkan sekitar RM4 sejam dan kekal […]
SUBANG JAYA – UiTM United II FC melakar sejarah apabila muncul juara Liga Perdana Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas menewaskan “otai” dalam saingan bola sepak Selangor, Klasiko FC 1-0 pada aksi final di Stadium MBSJ, di sini. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Haziq Deli pada minit ke-42 menerusi penyudah kemas yang menewaskan penjaga gol […]
SHAH ALAM – Fesyen lestari menjadi tumpuan penganjuran ReVibe Fiesta di Galeria SA Sentral baru-baru ini, berjaya menghimpunkan masyarakat dalam usaha menggalakkan amalan budaya fesyen pekeliling. Program anjuran Studio15, kumpulan pelajar tahun akhir Program Pengiklanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu mengangkat tema “Each Piece […]
SHAH ALAM – Ketika jutaan manusia masih lena dibuai mimpi, namun tidak bagi Rosiza Lando, 32, yang sudah memulakan rutin hariannya seawal jam 4 pagi. Sebelum melangkah ke tempat kerja, guru tadika ini akan menyediakan makanan dan memandu ke lebih 12 lokasi di sekitar Shah Alam bagi memberi makan kepada kucing serta anjing jalanan. Wanita […]
SHAH ALAM – Inisiatif e-baucar buku MADANI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menerima reaksi positif khususnya daripada mahasiswa institut pengajian tinggi yang dilihat dapat meringankan beban kewangan mereka secara langsung. Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh mula menebus Baucar Buku MADANI bermula 15 Julai 2026 (Rabu), jam 11.00 pagi menerusi […]
SHAH ALAM – Dari sekadar tugasan kursus, siapa sangka ia bertukar menjadi sebuah perniagaan kecil yang bukan sahaja menjana pendapatan sampingan, malah memudahkan kehidupan ramai pengguna. Idea cetusan ilham Nurul Insyirah Nayusdi, 20, berjaya mencipta sebuah kit farmasi mini yang pada awalnya hanya bertujuan memenuhi keperluan subjek keusahawanan digital. Penuntut kolej politeknik di Bangi itu […]
SHAH ALAM – Fenomena cuaca kering yang lebih lama atau lebih dikenali sebagai El Nino diramalkan berterusan sehingga awal tahun 2027 dan berpotensi meningkatkan risiko pembakaran terbuka di beberapa kawasan dalam negara. Berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena ini dijangka mencapai peringkat paling tinggi menjelang penghujung tahun ini, sekali gus mengurangkan taburan hujan dan […]
SHAH ALAM – Kalau di Amerika Syarikat hadirnya Bello Nock, seorang badut, akrobat dan pelagak ngeri profesional yang pernah menjadi bintang utama Ringling Bros. and Barnum & Bailey Circus. Kerjayanya dibina melalui disiplin, kerja keras dan kemampuan menjadikan seni badut sebagai satu profesion yang dihormati. Sebagai badut profesional, Bello dilaporkan meraih pendapatan mencecah AS$600,000 setahun, […]
