987 views 2 mins 0 comments

Tak Sampai Setahun Padang Hoki Uitm ‘Nazak’

In Berita, Sukan
October 27, 2024
Menurut Pegawai Sukan UiTM Muhammad Syahir berkata tidak sampai setahun digunakan stadium ini mula rosak pada pertengahan tahun 2019

Sudah separuh dekad masalah di Stadium Hoki UiTM Shah Alam masih menemui jalan buntu akibat gagal dibaiki pihak penyelenggaraan yang tidak bertanggungjawab. 

Tidak sampai setahun siap dibina stadium hoki UiTM yang menelan belanja hampir RM5 juta  sudah tidak boleh digunakan.

Hampir keseluruhan  padang hoki mengalami kerosakan yang kritikal seperti haus dan terkoyak sehingga menyukarkan sebarang aktiviti diadakan.

Pada asalnya, pusat sukan UiTM hanya menyediakan ruang rumput untuk atlet berlatih. Namun, pada tahun 2010  pihak UiTM telah bertungkus lumus untuk mendapatkan padang “turf”. 

Menurut Pegawai Sukan UiTM Muhammad Syahir berkata tidak sampai setahun digunakan stadium ini mula rosak pada pertengahan tahun 2019. Awalnya garisan D kemudian masalah lain menyusul.

“Setelah lima tahun berlalu, pusat sukan UiTM telah membuat permohonan dan menghantar kertas kerja untuk memperbaiki Stadium Hoki UiTM. Namun, hanya menunggu masa untuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) meluluskan permohonan itu,” kata Muhammad Syahir Rasyidi Saad, pegawai sukan yang bertangunggjawab untuk menjaga fasiliti sukan UiTM Shah Alam.

“Kali terakhir penggunaan Stadium Hoki Uitm Shah Alam pada awal tahun 2019. Ketika itu, stadium ini juga antara venue Liga Hoki Malaysia (LHM) serta skuad kebangsaan juga pernah melakukan latihan disini,” kata beliau.

Selain tu, pasukan hoki UiTM terpaksa melakukan latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil kerana faktor kerosakkan di gelanggang sendiri. Ini menyebabkan pihak UiTM terpaksa mengeluarkan kos lebih untuk menyewa stadium lain untuk melakukan latihan.

“Jika KPT meluluskan permohonan ini, kami akan menjaga Stadium Hoki UiTM ini sebaik mungkin,” kata Muhammad Syahir.

Sementara itu, atlet hoki juga meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan turf dan susah untuk ke stadium lain bagi sesi latihan kerana keadaan turf di halaman sendiri dianggap “barai”.

“Kami juga berharap agar padang ini dapat dibaik pulih supaya kami dapat merasa latihan yang sebenar di halaman sendiri.” luahan hati atlet hoki UiTM.

Pada tahun 2018, pusat sukan UiTM berjaya mendapatkan stadium hoki UiTM yang lengkap serta diluluskan oleh Konfederasi Hoki Malaysia untuk menjayakan pelbagai kejohanan di stadium tersebut.

Mohd Yuzi Zali
/ Published posts: 1

Yuzi is a seasoned journalist covering news in crimes, legal, economy and entertainment industries.

Twitter
Facebook
Youtube
Linkedin
Instagram