833 views 3 mins 0 comments

Tips Penjagaan EV

In Rencana, Sains & Teknologi
November 01, 2024
Peningkatan hasil jualan kereta EV juga membawa manfaat kepada alam sekitar kerana tidak mengeluarkan gas karbon dioksida dan menimbulkan pencemaran bunyi. Tambahan pula, kerajaan juga mengenakan pengecualian cukai jalan terhadap kenderaan EV sehingga penghujung tahun 2025.

Jumlah bilangan kenderaan EV di atas jalan raya pada masa kini gian meningkat demikian kelebihan dan kemajuan teknologi yang diiklankan bagi menggalakkan pembelian kereta EV.

Peningkatan hasil jualan kereta EV juga membawa manfaat kepada alam sekitar kerana tidak mengeluarkan gas karbon dioksida dan menimbulkan pencemaran bunyi. Tambahan pula, kerajaan juga mengenakan pengecualian cukai jalan terhadap kenderaan EV sehingga penghujung tahun 2025.

Berdasarkan artikel Sinar Harian, Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian, beliau telah mengumumkan bahawa negeri Selangor telah menyasarkan sebanyak 1,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik pada penghujung tahun 2023.

Namun demikian, ada beberapa kes kritikal telah dihebohkan berkenan kenderaan elektrik yang telah mengundang pelbagai spekulasi terhadap pengguna jalan raya dan bakal pembeli kenderaan EV pada masa akan datang. 

Walaubagaimanapun, hal ini berlaku berkemungkinan kerana pembeli kenderaan EV tidak mendapat tips penjagaan bateri EV secukupnya dari juruteknik dan mekanik bagi sesebuah model yang ingin dibeli.

Antara petua yang dapat diketengahkan dalam menjaga kesihatan bateri EV ialah tidak menggunakan pengecasan pantas pada setiap masa bagi mengelakkan kejatuhan ketahanan bateri kenderaan EV tersebut.

Tambahan pula, harga pengecasan pantas adalah tiga hingga empat kali ganda lagi mahal berbanding pengecasan biasa, menghampiri harga standard untuk mengisi bahan api kereta petrol.

Penjagaan bateri kenderaan EV juga dapat dijayakan dengan memastikan suhu persekitaran dalam keadaan optimal sebelum melakukan proses pengecasan semula.

Suhu memainkan peranan dalam memastikan prestasi bateri kenderaan EV dapat dikekalkan dalam keadaan yang baik.

Hal ini demikian kerana sistem penyejukan dan pemanasan sel bateri EV telah diintegrasikan dalam sistem kenderaan untuk memastikan suhu bateri tersebut mencapai suhu optimum.

Penjagaan lain pula seperti tayar dan sistem brek juga perlu diambil kira kerana perkara ini akan memberi kesan pada jarak perjalanan yang akan ditempuh oleh para pemandu EV.

Contohnya, penggunaan brek dalam kenderaan EV amat kerap digunakan bagi menjalankan proses brek regeneratif, iaitu pengecasan semula bateri oleh motor elektrik dengan menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik.

Penjagaan tayar seperti tekanan angin dan jenis tayar digunakan juga memainkan peranan penting dalam memastikan kenderaan dalam keadaan baik, demikian kerana anggaran jarak perjalanan akan terkesan.

Status kenderaan elektrik pada masa kini semakin berkembang dalam kadar yang stabil namun, keyakinan pembeli terhadap segmen baru ini perlu ditingkatkan lagi kerana terdapat banyak faedah dan kebaikan berbanding kenderaan bahan api biasa. 

Ikmal Nazli
/ Published posts: 2

Melaporkan Isu-Isu Penting Secara Informatif Dan Berimbang