521 views 15 secs 0 comments

107 Warga FKPM Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

In Berita, Kampus
November 15, 2024
Abd Rasid (tengah) mengetuai sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah FKPM sambil disaksikan Rosmadi Kassim, (kanan) dan Pegawai Unit Integiriti UiTM, Muhammad Syafiq Kamaruzaman.

SHAH ALAM – Seramai 107 kakitangan akademik dan pentadbiran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen membanteras jenayah rasuah dalam kalangan warganya, di sini, hari ini.

Warga FKPM melafazkan Ikrar Bebas Rasuah pada majlis yang diadakan di Studio TV fakulti itu, di sini, pagi ini.

Dekan FKPM, Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman, berkata IBR merupakan peringatan kepada setiap individu di fakulti berkenaan agar menjauhi amalan rasuah.

“Majlis Ikrar Bebas Rasuah yang kita adakan pada hari ini mencerminkan komitmen warga FKPM untuk membudayakan integriti dalam setiap aspek kerja kami.

“Sebagai warga FKPM kami percaya bahawa integriti dan etika professional adalah asas utama untuk mengekalkan imej dab kredibiliti organisasi” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah FKPM, di sini pagi ini.

Hadir sama, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Rosmadi Kassim.