539 views 2 mins 0 comments

Wonsan Kalma Syurga Baharu Pelancongan Korea Utara

In Global
July 01, 2025
Pemandangan keseluruhan Wonsan Kalma pusat peranginan di Korea Utara yang meliputi kawasan pantai sepanjang 4 kilometer (2.5 batu). (Foto: Agensi Berita Pusat Korea)

Korea Utara- Majlis perasmian tempat peranginan pantai baharu, Wonsan Kalma Coastal Resort diadakan pada 24 Jun dengan keberadaan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Menurut Kim, pembukaan tempat pelancongan terbesar di pantai timur negara itu adalah pencapaian hebat bagi Korea Utara selepas pembinaannya yang lebih sedekad.

“Ini akan menjadi komponen utama dalam mewujudkan budaya pelancongan serta kemeriahan yang ada boleh membuatkannya sebagai pusat peranginan budaya pelancong bertaraf dunia” kata Kim. 

Ini adalah visi Kim yang diumumkan pada 2013 dalam perancangan membangunkan tempat peranginan ini untuk mengubah Wonsan daripada pelabuhan bersejarah kepada pusat ekonomi dan destinasi mengisi masa lapang.

Kawasan resort yang dibina sejauh 4 kilometer ini dijangka akan dibuka pada 1 Julai 2025 dengan hanya menerima penduduk tempatan terlebih dahulu, menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Sementara itu, ada agensi pelancongan berkata Wonsan Kalma dijangka akan menerima pelancong dari Rusia kerana pelawat dari negara itu mendapat akses terhad untuk melawat ke beberapa kawasan di Korea Utara.

Pemerhati antarabangsa berpendapat kerajaan utara akan melonggarkan sekatan kepada pelancong asing lain secara berperingkat bagi membenarkan kemasukan mereka ke dalam negara tertutup dunia ini.

Laporan luar menyasarkan pelancong China mungkin sasaran seterusnya dalam pelancongan ini oleh kerana hubungan perdagangan dua hala kedua-dua negara ini sudah pulih.

Bagaimanapun, Korea Utara dilihat berhati-hati dalam membuka ruang kepada pelancong Barat kerana bimbang dengan risiko penyebaran imej negatif tentang sistem negara itu.

Destinasi baharu ini akan memberi perkhidmatan hotel, restoran, taman air, pusat beli belah serta fasiliti sukan dan rekreasi dengan jangkaan akan menerima lebih 20,000 tetamu, maklumat daripada Agensi Berita Pusat Korea.

Turut dihadiri di majlis tersebut anak perempuan Kim, Kim Ju Ae, isterinya, Ri Sol Ju dan Kedutaan Rusia, Alexander Matsegora.

Kehadiran delegasi Rusia pada majlis itu dilihat sebagai petunjuk hubungan erat antara Pyongyang dan Moscow, khususnya dalam kerjasama pelancongan dan ekonomi.

https://www.bbc.com/news/articles/cy0w59r54w9o: Wonsan Kalma Syurga Baharu Pelancongan Korea Utara
Fatin Farissha
/ Published posts: 1

Komited menyampaikan fakta, bukan auta.