Pembangunan semula Plaza Alam Sentral bakal mengembalikan semula statusnya sebagai pusat beli-belah pilihan penduduk di Shah Alam dan kawasan sekitarnya. (Foto: Facebook Plaza Alam Sentral)
SHAH ALAM – Pusat beli-belah ikonik bandaraya ini, Plaza Alam Sentral ditutup bermula 1 November 2025 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian.
Sepanjang tempoh itu juga, semua premis yang beroperasi di bangunan tersebut turut akan ditutup buat sementara waktu, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurusan Plaza Alam Sentral, semalam.
Perancangan untuk memberi wajah baharu kepada bangunan berusia 30 tahun itu diumumkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selepas mengambil alihnya daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) tahun lalu.
