Global
June 22, 2025
648 views 2 mins 0

Belanda Sarankan Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun Elak Guna TikTok dan Instagram

THE HAGUE – Kerajaan Belanda pada hari Selasa menggesa ibu bapa supaya tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menggunakan laman sosial seperti TikTok dan Instagram, berikutan kebimbangan terhadap kesan psikologi dan fizikal seperti serangan panik, kemurungan, dan gangguan tidur. Kementerian Kesihatan turut menyarankan agar ibu bapa mengehadkan tempoh masa penggunaan peranti anak-anak, melarang […]

Global
June 22, 2025
458 views 2 mins 0

Wanita Maut Akibat Jangkitan Rabies Selepas Dicakar Anak Anjing

YORKSHIRE – Seorang wanita Britain dari Yorkshire Selatan maut pada minggu lalu akibat rabies selepas dicakar seekor anak anjing jalanan ketika bercuti di Maghribi pada Februari. Yvonne Ford, 59, mula mengalami sakit kepala semenjak dua minggu lalu sebelum keadaanya kian merosot sehingga tidak mampu berjalan, bercakap, tidur dan menelan menurut Persatuan Akhbar dalam satu hantaran […]

Global
June 18, 2025
492 views 3 mins 0

Syarikat Teknologi China Sekat Penggunaan AI, Elak Penipuan dalam Peperiksaan

BEIJING – Beberapa syarikat teknologi utama China bertindak menyekat fungsi kecerdasan buatan (AI) mereka sepanjang peperiksaan kemasukan kolej kebangsaan, gaokao berlangsung bagi mengelak penipuan akademik. Peperiksaan yang bermula pada Sabtu selama empat hari itu menyaksikan sebanyak 13.3 juta pelajar mengambil bahagian bagi merebut tempat terhad di universiti. Dalam tangkap layar yang dimuat naik di media […]

Global
June 16, 2025
857 views 2 mins 0

Pengasuh  Didakwa Pelbagai Kes Cabul Kanak-Kanak

PERTH – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Perth atas pelbagai kesalahan jenayah seksual kanak-kanak ketika berkhidmat sebagai pengasuh kepada tiga keluarga, sejak tahun lalu. Kurt David Charlton, 28, dari Nollamara, Utara Perth di dakwa atas beberapa pertuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak baru-baru ini Charlton berdepan dengan tuduhan jenayah melibatkan beberapa kanak-kanak semasa menawarkan khidmat […]

Global
June 13, 2025
415 views 20 secs 0

Inovasi Bertukar Tragedi: Empat Terbunuh Akibat Skuter Elektrik

PARIS: Empat terbunuh dalam satu kebakaran dahsyat yang memusnahkan sebuah apartment 10 tingkat di Reims wilayah Champagne, Perancis, minggu lalu. Menurut Pendakwa Raya Reims, Francois Schneider, seorang remaja lelaki dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan tersebut, lokasi kebakaran dipercayai bermula. “Mayat yang ditemui dalam apartment tersebut dipercayai abangnya yang berusia 15 tahun. “Dalam pada itu, […]

Global
June 12, 2025
530 views 2 mins 0

Gajah Lapar Geledah Kedai Runcit Cari Makanan

BANGKOK: Seekor gajah liar mencetuskan kekecohan apabila ‘menggeledah’ sebuah kedai runcit di daerah Pak Chong dalam wilayah Nakhon Ratchasima yang terletak sekitar satu kilometer dari pintu masuk Taman Negara Khao Yai.  Gajah jantan yang bernama Plai Biang Blek itu dianggarkan berusia 30 tahun terkenal dalam kalangan penduduk setempat kerana sering memasuki rumah penduduk untuk mencari […]

Berita, Global
May 28, 2025
605 views 2 mins 0

Graduan Terkejut Nama Diumum Guna AI Pada Majlis Graduasi

NEW YORK- Majlis graduasi yang seharusnya menjadi momen indah bagi para graduan bertukar hambar apabila kuasa kecerdasan buatan (AI) semakin berleluasa dan sedikit demi sedikit mengambil alih tugas manusia. Itulah pengalaman yang dilalui sekumpulan graduan yang menghadiri majlis graduasi Universiti Pace di New York baru-baru ini yang terkejut apabila nama mereka diumumkan oleh AI dan […]

Berita, Global
May 28, 2025
530 views 2 mins 0

Tiada Lagi Plastik: Quezon Ubah Wajah Dewan Bandar Raya

MANILA- Kerajaan tempatan bandar raya Quezon mengambil langkah drastik melarang penggunaan plastik dan bahan pakai buang di kawasan pejabat bandaraya serta premis di bawah pentadbirannya sebagai langkah mengurangkan sisa plastik. Datuk Bandar, Joy Belmonte, mengeluarkan larangan penggunaan beg dan pembungkus plastik daripada bahan styrofoam, bekas makan pakai buang seperti pinggan kertas, peralatan plastik, botol PET, […]

Berita, Global
May 28, 2025
1139 views 2 mins 0

Bekas Penagih Berjalan 483KM Kumpul Dana Badan Amal

UNITED KINGDOM – Seorang wanita yang pernah bergelut dengan ketagihan alkohol menyertai misi berjalan kaki sejauh 483 kilometer atau 300 batu bagi mengumpul dana untuk badan amal yang pernah membantunya keluar daripada keperitan hidup. Clare Pretty, yang memulakan proses pemulihannya pada 2015 bersama Hebron Housing iaitu sebuah organisasi kebajikan berpangkalan di Norwich, menyifatkan sokongan yang […]

Berita, Global
May 28, 2025
712 views 2 mins 0

Lebih Ramai Ahli Yakuza Dicekup Curi Gamat

TOKYO— Sejak bertahun lamanya, kumpulan jenayah terancang Jepun, Yakuza dilaporkan mencuri gamat di perairan negara itu berikutan lokasinya yang mudah ditemui dan mempunyai nilai tinggi sebagai makanan eksotik, bahan dalam kosmetik dan perubatan di negara tersebut dan bahagian lain Asia. Hidupan laut berkenaan menjadi sasaran utama anggota jenayah terancang yang tidak mahir menangkap ikan seperti […]