Monthly Archives: December 2024
KUALA LUMPUR – Pasukan boling padang Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul juara kategori ‘plate’ di Kejuaraan Boling Padang Terbuka Kuala Lumpur 2024 yang berlangsung di Bukit Kiara, hari ini. Pasukan yang dianggotai oleh Nurul Alyani Jamil, Muhammad Nash Aiman Zainol Effandy, Farah Irdina Azmi, dan Nur Ain Nabilah Tarmizi itu mempamerkan aksi mantap dalam perlawanan […]
SHAH ALAM: Prihatin dengan nasib kucing jalanan, seorang operator pengeluaran warga Indonesia sanggup membelanjakan kira-kira RM500 setiap bulan untuk menyediakan makanan kepada haiwan tersebut yang ditemuinya di sekitar bandaraya ini. Rishma Devi, 29, berkata perkara tersebut dilakukan kerana kasihan memikirkan kebajikan haiwan terbiar yang sering menjadi mangsa pemilik yang tidak bertanggungjawab. “Setiap bulan saya akan […]
SHAH ALAM – Bapa kepada Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin meninggal dunia di Hospital Segamat pada jam 7:30 malam, Jumaat akibat pendarahan dalam otak. Berita pemergian Allahyarham Sahib @ Sahibuddin itu dimaklumkan pegawai khas beliau, Afizul Sobri melalui aplikasi WhatsApp. Beliau memberitahu jenazah Allahyarham akan dikebumikan Tanah […]
UiTM – Penyedia perkhidmatan kurier dan pelbagai dalam kampus, MiKu Point atau MiKU digesa menambah baik kualiti perkhidmatan bagi mengelak isu lambakan bungkusan barangan (parcel) di kaunter operasinya di Dataran Cendekia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, berlarutan. Rata-rata pelajar yang ditemui meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara kerja dan layanan yang diberikan kakitangan […]
NEW DELHI, INDIA – Dalam langkah penting ke arah mengekalkan kebersihan dan sanitasi di salah satu kota suci di India, Ayodhya, Cosmic Healers Private Limited (CHPL), telah mengambil inisiatif menyediakan penyelesaian inovatif dikenali Gobbler atau mesin pengutip sampah. Usaha tersebut turut menjadi detik penting dalam usaha pihak berkuasa Ayodhya untuk memastikan ia bebas sampah, seiring […]
SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya, berwaspada dan mengambil langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir berikutan Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga akhir Mac 2025. MBSA menjelaskan, sekiranya luruan monsun kuat dan wujud sistem cuaca bertekanan rendah, hujan lebat berterusan berpotensi melanda beberapa negeri […]
SHAH ALAM – Kelab komuniti larian, Crewni menawarkan latihan asas percuma kepada orang ramai yang berminat menceburkan diri dalam sukan maraton, sekaligus mencungkil bakat baru dalam acara tersebut. Pengerusinya, Asyraf Jebat berkata, idea tersebut tercetus pada tahun lalu ketika dia dan beberapa rakannya melakukan persiapan bagi menyertai pertandingan larian anjuran sebuah universiti tempatan. “Pada ketika […]
SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), bagi memperkukuh pembangunan sukan skuasy. Kerjasama strategik ini merangkumi program pembangunan atlet, penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa serta penggunaan fasiliti dan kepakaran UiTM dalam bidang kejurulatihan dan pengurusan sukan. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, menzahirkan harapan […]
SHAH ALAM – Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menerima insentif selepas berjaya menjadi juara keseluruhan pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi 2024 (SUKIPT 2024). UiTM mencatatkan pencapaian cemerlang pada kejohanan tersebut apabila berjaya mengumpul 97 pingat, termasuk 38 pingat emas, 20 pingat perak, dan 39 pingat gangsa. Majlis pemberian insentif tersebut disempurnakan Timbalan […]