687 views 20 secs 0 comments

PM Hadir Program Temu Anwar IPTS Di MSU

In Berita, Kampus
May 05, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pelajar usai program Temu Anwar IPTS di MSU.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Management and Science University (MSU) bagi program Temu Anwar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), di sini, pada Isnin.

Ketibaan Perdana Menteri disambut dengan tepukan gemuruh oleh warga MSU termasuk pengurusan universiti, pensyarah serta ribuan pelajar IPTS yang menyertai program itu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts Mustapha Sakmud, Presiden MSU Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor MSU Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Dalam ucapannya, Anwar menekankan peranan mahasiswa sebagai penyumbang utama kepada pembangunan negara dan masa depan Malaysia selain memastikan IPTS tidak ketinggalan dalam mencapai aspirasi negara.

Program tersebut menjadi platform dialog terbuka antara Perdana Menteri dan pelajar di IPTS dari seluruh negara untuk membincangkan isu semasa berkaitan belia dan pendidikan tinggi.

Temu Anwar merupakan sebahagian daripada siri jelajah nasional yang bertujuan membuka peluang kepada generasi muda khususnya pelajar di institusi pendidikan tinggi negara untuk bertukar pandangan dan menyuarakan pendapat bersama Perdana Menteri.

Farhana Nizam
/ Published posts: 4

Menulis bukan untuk disukai, tapi untuk menyedarkan.