272 views 3 mins 0 comments

Penipuan ‘cashback’ PayPay, kedai dalam talian palsu membimbangkan

In Global
November 05, 2024
Mesej teks yang dihantar oleh penipu memberitahu penerima bahawa bayaran balik hanya boleh dibuat melalui transaksi atas talian. | Jabatan Polis Metropolitan / melalui Jiji (pengguna aplikasi pembayaran telefon pintar). Gambar: The Japan Times

TOKYO – Jabatan Polis Metropolitan melaporkan kejadian penipuan dan eksploitasi aplikasi pembayaran mudah alih dalam telefon pintar melibatkan aplikasi bayaran dalam talian, PayPay dan kedai dalam talian palsu semakin membimbangkan.

Sindiket berkenaan dilihat semakin aktif memperdaya mangsa di seluruh negara dengan meminta individu tertentu memindahkan wang mereka secara atas talian dan memberi jaminan pengembalian wang beserta faedah yang lumayan.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada pengguna telefon pintar supaya berhati-hati dengan sebarang tawaran bayaran balik melalui pemindahan wang secara atas talian dan  sentiasa sentiasa menganggapnya sebagai perkara yang sangat mencurigakan.

Pusat Hal Ehwal Pengguna Nasional merekodkan kes pertama penipuan seumpama ini pada bulan Mac 2023. Sejak itu, pusat tersebut telah menerima 4,168 aduan di seluruh negara termasuk Malaysia sehingga akhir Julai tahun ini.

Dalam satu kes yang dilaporkan oleh polis, seorang wanita berusia 40-an dari Tokyo membeli tiket “high-five” untuk bertemu seorang idola di sebuah laman beli-belah kos rendah.

“Selepas membayar 15,000 yen (RM429.50) untuk tiket tersebut, dia menerima e-mel daripada seseorang yang mendakwa dirinya sebagai penjual, menyatakan bahawa tiket tersebut telah kehabisan stok.

“Apabila wanita itu meminta bayaran balik, dia dimaklumkan bahawa bayaran balik hanya boleh diproses melalui PayPay. Semasa prosedur bayaran balik tersebut, individu yang mendakwa sebagai penjual tiket tersebut mengarahkannya untuk memasukkan kod “69985” pada skrin aplikasi PayPaynya sebagai “kod pengesahan” dan kemudian diminta untuk memasukkan kod “79998” selepas mendakwa cubaan pertama gagal. 

“Namun, kod-kod tersebut sebenarnya adalah jumlah wang yang dimasukkan ke dalam ruangan pembayaran, dan tanpa disedari, wanita itu telah memindahkan wang sejumlah 69,985 yen (RM2005.80) dan 79,998 yen (RM2292.80). Secara keseluruhan, dia telah membuat tiga transaksi, dengan jumlah keseluruhan sekitar 250,000 yen (RM7164.40), tanpa menyedari bahawa dia telah ditipu,” jelas kenyataan tersebut yang memetik laporan polis dibuat seorang mangsa dikenali sebagai Jiji.

“Wanita tersebut kemudian diarahkan lagi untuk berpindah ke platform perbankan dalam talian, di mana dia memasukkan “kod bayaran balik” berasingan yang diberikan oleh penipu. Ini menyebabkan dia menghadapi kerugian tambahan sekitar 9.8 juta yen (RM280,846.70),” tambahnya lagi.

Polis percaya penipu mengarahkan wanita itu ke platform perbankan dalam talian untuk memudahkan pindahan dalam jumlah yang lebih besar kerana PayPay telah mencapai had transaksi.

Kaedah pembayaran elektronik menjadi alat utama dalam penipuan ini seperti aplikasi PayPay yang telah menyumbang lebih dari 90% kes.

Kedai dalam talian palsu telah menarik pelbagai jenis mangsa daripada mereka yang berusia belasan tahun kepada mereka yang berumur 70-an, menawarkan pelbagai barangan termasuk  alat muzik, patung hingga pakaian.

E-mel dan mesej melalui aplikasi Line yang dihantar oleh penipu sering kali mengandungi bahasa Jepun yang janggal seperti menggunakan bahasa daripada aplikasi terjemahan. Mangsa yang bercakap dengan penipu melalui telefon juga menyedari bahawa penipu tersebut tidak fasih berbahasa Jepun.

Pihak berkuasa mengesyaki terdapat sindiket penipuan antarabangsa di sebalik insiden ini dan sedang giat menyiasat. – The Japan Times

Eisya Nabila
/ Published posts: 1

Penjelajah Fakta Dan Cerita