774 views 2 mins 0 comments

Klinik Putra Height Tawar Pemeriksaan Percuma Ahad Ini

In Berita, Komuniti
June 20, 2025
Klinik Utama Putra Height sedia menyambut kehadiran anda dalam program kesihatan percuma khas Hari Bapa.

PUTRA HEIGHTS, Jun 2025 – Sempena Hari Bapa yang telah disambut pada 15 JUN 2025, Klinik Utama 24 Jam Putra Heights mengambil inisiatif menganjurkan program pemeriksaan kesihatan percuma pada Ahad ini. 

Program yang julung kalinya diadakan ini bukan sekedar menghargai jasa golongan bapa, malah membawa mesej penting iaitu kesihatan lelaki adalah aset keluarga.

“Ramai lelaki, terutamanya bapa, hanya datang ke klinik apabila keadaan sudah serius. 

“Objektif utama kami ialah menyedarkan mereka bahawa pemeriksaan berkala itu penting, walaupun tiada gejala dirasai,” jelas pemilik klinik, Dr Akmal Shukri.

Antara pemeriksaan yang ditawarkan secara percuma ialah pemeriksaan tekanan darah, ujian glukosa (paras gula dalam darah), ujian kolesterol, ujian asid urik (untuk pengesanan gout), rapid test hanya melalui cucukan jari, konsultasi kesihatan ringkas bersama doktor.

Menariknya, tiada sebarang syarat kelayakan atau had umur dikenakan. 

Malah, sasaran kehadiran sebanyak 100 peserta jangka dapat dicapai berdasarkan maklum balas awal daripada komuniti setempat.

Menurut Dr. Akmal lagi, berdasarkan pemerhatian pihaknya, golongan lelaki sering memandang ringan terhadap tanda awal penyakit. 

Jelasnya, masalah seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, pra-diabetes, malah stres kronik sering kali tidak disedari.

“Ada stigma yang menyatakan lelaki perlu tahan sakit atau abaikan simptom. Ini antara halangan utama kami dalam meningkatkan kesedaran, terutamanya dalam kalangan warga emas lelaki.

“Kami percaya pendekatan mesra komuniti serta promosi yang efektif mampu menarik minat lebih ramai peserta.

“Kami harap program ini menjadi acara tahunan, bukan sahaja untuk Hari Bapa, tapi juga dalam kempen-kempen kesihatan lain,” tambahnya lagi. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh menghubungi talian 013-7080125.

Natasya Hishamudin
/ Published posts: 3

Bukan sekadar menulis, tetapi memastikan setiap cerita membawa makna dengan ketepatan dan integriti.