SHAH ALAM—Edisi pertama Pickle Fest 2025 mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 204 peserta membabitkan 102 beregu.
Kejohanan sulung ini menyaksikan penyertaan pemain tempatan yang berentap dalam empat kategori utama iaitu Novice Men’s Doubles, Novice Women’s Doubles, Novice Mixed Doubles dan Intermediate Men’s Doubles.
Dalam kategori Novice Men’s Doubles, pasangan Lau Wye Kit dan Lee Kok Wai dari pasukan The Dinkers muncul juara, diikuti Izzad Zuhair Ismail dan Azhar Bin Md Isa dari pasukan PASU di tempat kedua, serta Muhammad Farid Wajdy Afzan dan Nik Izz Harith Nik Yoehan dari pasukan 7K di tempat ketiga.
Bagi Novice Women’s Doubles, gandingan Ong Sue Li dan Lam Kar Man dinobatkan dari pasukan High On Life sebagai juara, manakala Choo Hong Hong dan Tia Shiau Wei dari pasukan THE NEXT LEVEL di tempat kedua, dan Ng Chun Yee dan Alice Loo Lian Qi dari pasukan Pink Panthers di tempat ketiga.
Kategori Novice Mixed Doubles menyaksikan pasangan Vincent ong York khoon dan Siow Yona Xin dari pasukan Leapmotor x KLPBNR muncul juara, diikuti Rinachelle Dieh Ling Teck dan Tiger dari pasukan Mizu Dragon di tempat kedua, serta Aziizul Hakiim Mohd Zalahudin dan Lam Kar Man dari pasukan PaddleUp di tempat ketiga.
Sementara itu, kategori Intermediate Men’s Doubles menyaksikan kemenangan dramatik oleh pasangan Darren Leong dan Alex Wong dari KPC, diikuti Brian Mok Herng Yhue dan Foo Hsien Loong dari Drill di tempat kedua, serta Muhammad Afif Zakwan Abdul Rahman dan Muhammad Ruzaidie dari pasukan Johns di tempat ketiga.
Darren dan Alex mendedahkan bahawa mereka mula bermain pickleball sekadar suka-suka, tetapi perlahan-lahan menyertai lebih banyak kejohanan sehingga berjaya memenangi gelaran sulung ini.

“Saya antara peserta yang dupr rendah jadi saya dapat banyak tekanan tapi saya bernasib baik sebab pasangan saya dapat membantu saya” kata Alex.
Darren menambah, “Kami berlatih setiap hari, dan kemenangan ini buat kami rasa semua usaha berbaloi.”
Sementara itu, pengarah program Sharifah Farrah Soraya Syed Yusof berkata, kejohanan ini membuktikan potensi besar sukan pickleball di Malaysia dan beliau berharap lebih banyak penyertaan pada masa akan datang.
“Kami merancang pelbagai inisiatif untuk masa depan sukan ini dan berharap agar dapat bekerjasama dengan beberapa syarikat lagi bagi menganjurkan acara yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.
