Dinah Puas Bantu Skuad Ragbi Kebangsaan Gondol Perak di Sukan Sea
SHAH ALAM – Pemain penyerang skuad ragbi tujuh sebelah (7s) wanita kebangsaan, Dinah Syafiqah Sadali menggambarkan bahawa dirinya berpuas hati apabila berjaya membantu Malaysia memenangi pingat perak acara ragbi wanita di Sukan SEA Thailand, di Bangkok, Disember lalu. Walaupun menghadapi kecedaraan di bahagian pergelangan tangan semasa kejohanan Asia Rugby 7s Series di China dua bulan […]
