SHAH ALAM– Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Shah Alam dibuka bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas, di sini.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS yang dibuka iaitu, SK Seksyen 16 yang menempatkan 253 mangsa daripada 65 keluarga.
Manakala SRA JAIS Seksyen 16 dan Masjid Al Falah Kampung Budiman masing-masing menempatkan 264 mangsa daripada 88 keluarga dan 73 mangsa daripada 22 keluarga.
Sehubungan dengan itu, mana-mana mangsa yang masih belum mendapat bantuan dan terjejas akibat banjir untuk segera menghubungi pihak Bilik Gerakan PANTAS melalui talian 03-55105811.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Selangor termasuk Sabak Bernama dan Hulur Selangor.
