68 views 2 mins 0 comments

FKPM UiTM Terima Kunjungan OPPO, Tinjau Gaya Hidup Mahasiswa

In Berita, Kampus
April 22, 2026
Delegasi OPPO meninjau kemudahan Studio TV FKPM sambil mendengar taklimat daripada Dekan FKPM, Prof. Dr. Abd Rasid Abd Rahman. - SAT

SHAH ALAM – Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Shah Alam terus mengukuhkan jalinan kerjasama industri melalui kehadiran delegasi OPPO Malaysia dan China sebagai inisiatif mendekati mahasiswa dalam memahami gaya hidup mereka, baru-baru ini.

Dalam rangka lawatan singkat tersebut, delegasi berkenaan dibawa meninjau kemudahan kemudahan akademik dan fasiliti yang disediakan di FKPM dan UiTM.

Georgia Khor – SAT

Pengurus media OPPO Malaysia, Georgia Khor berkata, objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk melihat rutin harian mahasiswa, termasuk kaedah pembelajaran serta corak penggunaan kandungan di media sosial. 

“Kami ingin memahami bagaimana pelajar belajar, jenis kandungan yang mereka gemari di media sosial serta gaya hidup mereka. 

“Daripada itu, kami boleh menghasilkan kandungan yang lebih relevan untuk berinteraksi dan mendekati mereka dengan lebih dekat,” katanya kepada Shah Alam Times.

Delegasi OPPO meninjau kemudahan Studio TV FKPM sambil mendengar taklimat daripada Dekan FKPM, Prof. Dr. Abd Rasid Abd Rahman. – SAT

Mengulas mengenai pengalamannya berada di UiTM, Georgina menyifatkan persekitaran universiti ini amat luas serta sangat meriah dengan kehadiran pelajar yang ramai. 

“Ini merupakan kunjungan pertama saya melawat ke sini. Sebelum ini saya menyangka universiti pertama Malaysia adalah yang paling besar, namun kampus ini benar-benar melangkaui jangkaan saya,” ujarnya. 

Dalam lawatan tersebut, delegasi OPPO dibawa meninjau fasiliti seperti bilik berita dan studio TV yang digunakan oleh pelajar bagi tujuan pembelajaran dan latihan praktikal, khususnya dalam bidang kewartawanan.

Lawatan ini memberi peluang kepada wakil OPPO untuk melihat secara lebih dekat persekitaran pembelajaran berasaskan industri yang diterapkan di fakulti berkenaan. 

Langkah proaktif ini membuktikan komitmen berterusan OPPO dalam memahami keperluan pengguna serta menyesuaikan inovasi produk mereka dengan trend semasa pelajar universiti.

Sakinah Sofli
/ Published posts: 1

Answers are given, truth is uncovered.