306 views 2 mins 0 comments

Galakkan Kitar Semula Dengan Ganjaran Baucar Tunai

In Berita, Komuniti
May 09, 2025
Aktiviti kitar semula dilaksanakan dengan jayanya pada 8 Mei 2025 di Pusat Kitar Semula MBSA, Seksyen U2 Shah Alam.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil pendekatan untuk menggalakkan peningkatan kadar kitar semula melalui pemberian baucar tunai, di sini, pada Khamis.

Menurut penyelaras Hari Terbuka Pusat Kitar Semula Shah Alam, Nur Dini Mohd Marzuki, program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar kitar semula di seluruh Shah Alam.

Pihak MBSA memfokuskan ke kawasan U2 kerana mereka mendapati kadar kitar semula dikawasan ini sangat rendah berbanding kawasan-kawasan lain.

“Pertukaran baucar pula adalah untuk meningkatkan penglibatan masyarakat kerana bukan sahaja mereka dapat menukar barang dengan baucar malah terdapat juga pembelian yang spesifik agar mereka hanya boleh berbelanja di 99 Speedmart yang turut menyumbang kepada kitaran ekonomi setempat,” kata beliau ketika ditemu bual.

Jenis barang kitar semula yang tertinggi diterima di kawasan ini adalah kertas serta buku terutamanya sekitar bulan November ke Disember.

Orang ramai menunggu giliran untuk menyerahkan barang kitar semula yang dibawa kepada petugas MBSA.

Dalam pada itu, salah seorang peserta, Siti Marliani Jhonmany, 38, berkata beliau sanggup meluangkan masa untuk menghantar buku-buku dan kertas terpakai dari rumah serta pejabatnya selepas mengetahui ia boleh ditukar kepada baucar tunai.

Menurutnya, barang kitar semula yang dikumpul di pejabatnya lebih baik dikitar semula daripada dibuang begitu sahaja.

“Baucar yang kita dapat ni boleh buat untuk beli barang-barang dekat Speedmart tapi kalau dapat wang tunai lebih seronok sebenarnya,” ujarnya.

Selain daripada program penukaran barangan kitar semula kepada baucar tunai, program tersebut turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti pertukaran Al-Quran baharu yang mempunyai perakuan KDN.

Turut diadakan bengkel pembuatan sabun berasaskan minyak terpakai dan penghasilan produk seperti beg kitar semula daripada bahan terpakai yang dijalankan bersama pelajar-pelajar sekolah.

Siti Marliani mempamerkan baucar tunai yang diperoleh selepas menyerahkan buku dan kertas di Pusat Kitar Semula MBSA.

Selain daripada program penukaran barangan kitar semula kepada baucar tunai, program tersebut turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti pertukaran Al-Quran baharu yang mempunyai perakuan KDN.

Turut diadakan bengkel pembuatan sabun berasaskan minyak terpakai dan penghasilan produk seperti beg kitar semula daripada bahan terpakai yang dijalankan bersama pelajar-pelajar sekolah.

Hanisa Latiff
/ Published posts: 2

Menyajikan Kebenaran Yang Belum Diterbitkan