Bintang Selangor FC II (SFC II), Abdul Rahman Daud yakin mampu mengakhiri persaingan Liga A1 Semi-Pro musim ini sebagai penjaring terbanyak.
Dalam perlawanan menentang Seoul Phoenix FC (PHX FC) pada 19 April lalu, pemain muda berusia 22 tahun itu mencatat hatrick, sekali gus mengumpul 23 gol daripada 22 perlawanan.
“Pencapaian ini memberi suntikan motivasi untuk saya terus memperbaiki prestasi dan merampas kedudukan penjaring terbanyak liga.
“Hidup ini terlalu singkat untuk fokus pada masa lalu, saya akan terus berusaha untuk terus meningkatkan prestasi pada perlawanan berikutnya,” katanya penuh semangat.
Berdasarkan kedudukan, mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berada di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang penyerang Kelantan Red Warrior FC, Emmanuel Mbarga yang menjaringkan 29 gol, dan Said Khamis Imigresen FC ll(21).
Bagaimanapun, kelebihan dilihat berada di tangan Abdul Rahman ketika ini memandangkan pasukannya masih mempunyai baki empat perlawanan, berbanding pesaingnya yang telah mengharungi 25 perlawanan.
SFCll dijangka bertemu Perak FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 17 Mei ini .
