56 views 43 secs 0 comments

Bintang Universe Satukan Bintang dan Bakat Muda

In Berita, Kampus
June 28, 2026
Ernie Zakri ketika sedang membuat persembahan yang memukau (Foto: Siti Nurfarah)

SHAH ALAM – Penampilan artis popular seperti Ernie Zakri, Bella Astillah, Syamel dan Ismail Izzani berjaya mencuri tumpuan ratusan peminat yang membanjiri Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam menerusi program Bintang Universe: The Dimension.

Program anjuran Fakulti Muzik UiTM Shah Alam dengan kerjasama Universal Music Malaysia, EMI Records, Def Jam Recordings dan L.Y. Factory Music itu menggabungkan hiburan serta pembelajaran industri dalam satu platform.

Turut hadir untuk memeriahkan program tersebut ialah Insomniacks, Mohsein Kush, Nuha Bahrin dan Andi Bernadee.

Kumpulan Insomniacks yang turut hadir untuk memeriahkan suasana (Foto: Siti Nurfarah)

Pengurus Projek, Harith Aiman, program tersebut menjadi platform pembelajaran yang membolehkan pelajar memahami pengurusan acara berskala besar dan operasi industri hiburan profesional.

Showcase ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi platform pembelajaran yang memberi pendedahan sebenar kepada pelajar mengenai pengurusan acara berskala besar serta operasi industri hiburan profesional,” katanya kepada Shah Alam Times.

“Kerjasama dengan syarikat rakaman dan pemain industri memberi peluang kepada kami untuk melihat sendiri bagaimana industri muzik beroperasi serta standard profesional yang diperlukan,” ujarnya.

Penganjuran itu turut disokong oleh Music Business Society (MBS), pelajar Diploma Produksi Audio Digital dan pelajar praktikal dari Diploma Pengurusan Seni.

Melalui program ini, UiTM terus memperkukuh usaha melahirkan graduan yang bersedia memenuhi keperluan industri kreatif yang semakin berkembang.

Arissa Khairul
/ Published posts: 2

Marilah kita merungkai kebenaran