25 views 3 mins 0 comments

Mahasiswa UiTM Shah Alam Perkasa Kepimpinan Berorientasikan Industri

In Berita, Kampus
June 30, 2026
Program “F1uture Leaders: Drive Your Path, Own The Edge” berjaya menghimpunkan peserta pelbagai latar belakang latar belakang dalam usaha memperkukuh kemahiran di UiTM Shah Alam

SHAH ALAM – Dalam usaha melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berdaya saing, seramai 74 peserta terdiri daripada mahasiswa UiTM Shah Alam di bawah inisiatif Leadership Apprenticeship (LAPIS 4.0) tampil menganjurkan program berimpak tinggi,F1uture Leaders: Drive Your Path, Own The Edge di Dewan Seroja UiTM Shah Alam.

Program selama sehari yang menghimpunkan pelajar pelbagai latar belakang dalam satu platform pembangunan kepimpinan yang dinamik itu berlangsung di Dewan Seroja UiTM Shah Alam.

Program ini bukan sekadar memenuhi keperluan akademik, tetapi turut membuka ruang kepada peserta untuk mengalami sendiri cabaran sebenar dunia kepimpinan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Program yang dianjurkan oleh pelajar semester empat Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Pengurusan Komunikasi dan Polisi disertai daripada pelbagai latar belakang termasuk Kelab Komunikasi dan Media (KOMED) dan Kelab Kewartawanan Mahasiswa (JournClubLendu) masing-masing dari UiTM Cawangan Melaka, pelajar inbound serta UiTM Global Ambassadors berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kaya dengan interaksi dan pertukaran idea.

Ketua Program, Engku Ahmad Adam Aminin Engku Mohammad Imran, 22, berkata program tersebut dianjurkan bagi melahirkan pemimpin muda yang mampu mengaplikasikan kemahiran dalam situasi sebenar. 

“Program ini dianjurkan sebagai platform untuk membentuk pemimpin muda yang bukan sahaja memahami teori, tetapi juga mampu mengaplikasikan kemahiran kepimpinan melalui pengalaman secara langsung,” katanya kepada Shah Alam Times.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti interaktif yang menekankan kemahiran komunikasi kepimpinan antaranya termasuk sesi perkongsian ”Full Throttle Dialogue” yang menampilkan perkongsian industri, diikuti aktiviti “F1: The Leaders Circuit”, yang menguji kerjasama berpasukan serta pemikiran strategik.

Selain itu sesi, “One-Minute Grand Prix” turut mencabar peserta untuk menyampaikan idea secara spontan dalam tempoh masa singkat, sekali gus mengasah keyakinan diri dan keupayaan berfikir secara kritis dalam situasi tekanan tinggi.

Peserta terlibat dalam aktiviti interaktif yang menguji kemahiran komunikasi dan kerjasama berpasukan sepanjang program

Engku Ahmad Adam Aminin menambah, pendekatan program yang berasaskan pengalaman ini membantu peserta memahami realiti dunia kepimpinan dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu, peserta antarabangsa, Manal Tahiri, 22, pelajar UiTM Global Ambassadors, menyifatkan penyertaannya sebagai satu pengalaman yang membuka ruang untuk perkembangan diri.

“Program ini membantu saya menjadi lebih terbuka, berani berkomunikasi dengan orang baharu serta lebih yakin untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan,” katanya kepada Shah Alam Times.

Penjenamaan program “F1uture Leaders: Drive Your Path, Own The Edge” dipaparkan pada pakaian sepanjang program berlangsung
Naufal Muammar
/ Published posts: 2

chatterbox