41 views 4 mins 0 comments

Evolusi ‘Taman Maya’, Taman Permainan Kian Sepi

In Berita, Komuniti
July 11, 2026
Kesunyian taman permainan mencerminkan kebimbangan “taman maya” yang semakin sesak

SHAH ALAM – Taman permainan di kawasan perumahan awam hari ini seakan-akan semakin lenyap tanpa kehadiran kanak-kanak untuk bermain dan memenuhi masa lapang, susulan peralihan digital yang semakin mengalihkan perhatian mereka.

Ini dibuktikan melalui kajian Dr Rozita Wahab, pensyarah Universiti Malaya (UM) yang menunjukkan lebih 51.6% kanak-kanak mula menggunakan peranti digital sebelum umur empat tahun dan lebih merisaukan, sekitar 31.7% mula seawal umur bawah dua tahun. 

Majlis Keselamatan Negara dalam satu kiriman di laman web rasminya pada Januari 2026, mengulas walaupun penggunaan peranti tersebut penting di era digital ini, namun had waktu penggunaan yang panjang akan memberikan kesan buruk kepada semua khususnya kepada golongan kanak-kanak. 

Pensyarah psikologi Management & Science University (MSU), Ainul Nadzifah Mohd Ali, 41, berkata, kanak-kanak kini lebih tertarik kepada skrin kerana teknologi menawarkan pelbagai jenis hiburan yang mudah menarik perhatian mereka. 

Ainul Nadzifah menambah penggunaan gajet juga boleh memberi kesan positif sekiranya dimanfaatkan dengan sebaiknya sebagai medium pembelajaran, manakala kesan negatifnya adalah terhadap perkembangan kanak-kanak termasuk mengalami kelewatan pertuturan, kurang berinteraksi dan menjadi tidak aktif. 

“Aktiviti di taman permainan ini penting untuk perkembangan tumbesaran secara menyeluruh termasuk membina tulang dan otot yang kuat serta merangsang fungsi otak dan lebih fokus terhadap interaksi sosial. 

“Sebenarnya trampolin menjadi salah satu alat yang digunakan oleh rakan saya yang bekerja sebagai Speech Therapist yang boleh membantu kanak-kanak yang mengalami speech delay.

“Jadi, apabila mereka lompat, mereka akan menggalakkan kanak-kanak tersebut menyebut perkataan atau huruf menyebabkan fiksasi mereka lebih stabil,” katanya kepada Shah Alam Times. 

Perkara yang lebih merisaukan terhadap kanak-kanak lebih cenderung untuk meniru perkataan kesat dan tingkah laku yang mereka lihat atau dengar di internet.

Hal ini berlaku kerana pada peringkat perkembangan kanak-kanak yang masih belajar tentang norma sosial, bahasa dan tingkah laku yang sesuai. 

Risiko lain ketagihan kanak-kanak terhadap peranti digital boleh menyebabkan mereka cenderung kepada risiko obesiti kerana kalori dalam badan tidak akan dibakar serta menjejaskan postur tubuh. 

Bagi Suria Mohamad, 55, ibu kepada tiga orang anak dan seorang pendidik berpendapat bahawa kita boleh lihat sama ada kanak-kanak terlalu ketagih terhadap gajet atau tidak, serta selain melihat kawalan emosi yang mereka hadapi. 

Fokus kanak-kanak yang tertumpu kepada permainan dalam talian

Menurutnya, kanak-kanak yang terlalu fokus dengan bermain permainan dalam talian, secara tidak langsung mereka akan sensitif terhadap bunyi terutamanya sekiranya seseorang memanggil nama mereka dan kanak-kanak tersebut akan respons secara emosi kerana tidak mahu diganggu. 

“Ramai dalam kalangan anak-anak murid saya yang lebih memilih untuk tidur daripada turun ke kantin untuk makan ketika waktu rehat.

Apabila saya punca mereka lebih rasa untuk tidur, katanya kerana mereka tidur lewat malam untuk bermain telefon,” katanya. 

Walaupun penggunaan gajet merupakan satu keperluan dalam era digital masa kini kerana membantu proses pembelajaran dan komunikasi, pendedahan berterusan kepada kandungan yang mengandungi bahasa kesat serta tingkah laku negatif tanpa pemantauan yang sewajarnya.  

Jika keadaan ini berterusan, generasi akan datang berisiko menormalisasikan perlakuan tidak beretika dan semakin kurang mengamalkan adab dalam komunikasi harian.

Melissa Ibrahim
/ Published posts: 6

Busy collecting whispers in Shah Alam