Ketiadaan Bas Kampus Musim Konvokesyen Tambah Beban Kewangan Pelajar Ikuti Aktiviti Di Makmal
SHAH ALAM, 5 Mei – Ketiadaan kemudahan bas kampus ketika musim konvokesyen memaksa sebilangan pelajar UiTM, khususnya yang terlibat dengan aktiviti makmal, mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi menampung kos pengangkutan untuk ke kuliah. Menurut Hurul Ain Amira, 20, sepanjang tempoh konvokesyen, dia membelanjakan sebanyak RM30 sehari untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi tujuan berulang daripada rumah sewanya […]
