Monthly Archives: November 2025
SHAH ALAM — Masjid bukan sekadar berperanan sebagai tempat ibadah, malah ia juga berfungsi sebagai pusat pembangunan sosial dan sahsiah ummah, khususnya dalam kalangan generasi muda. Menyedari potensi tersebut, Masjid An Nur, Temasya Glenmarie mengambil langkah proaktif menganjurkan acara mini ‘Jom ke Masjid 2.0’ sebagai usaha berterusan mendidik masyarakat tentang kepentingan institusi agama itu kepada […]
Shah Alam: Tiga pasukan berpangkalan di Shah Alam mencatat keputusan berbeza dalam saingan Liga Belia FAS Bawah 18, minggu lalu. Dalam aksi kumpulan B, pasukan Isma Shah Alam FC terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PKNS FC melalui gol tunggal Nabil Luqman. Menurut Jurulatih Isma Shah Alam […]
SHAH ALAM – Pelancaran visi dan misi baharu Universiti Teknologi MARA (UiTM) dijangka akan mengukuhkan lagi peranan institusi tersebut sebagai pemain utama sistem pendidikan tinggi negara, selain bersiap siaga menghadapi cabaran semasa global. Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib, berkata langkah tersebut bukan sekadar proses penjenamaan semula, sebaliknya titik perubahan penting dalam […]
SHAH ALAM – RMS F&B Fusion Sdn Bhd menjangkakan menerima sambutan positif daripada pelanggan berikutan pembukaan medan selera, Suasana Market Hall (SMH) di Seksyen U1, di sini. Mengetengahkan konsep acara ‘watch party’, premis berkeluasan 20,000 kaki persegi itu menyediakan 24 unit ruang niaga, sebuah dewan acara mini, dua skrin LCD gergasi, kedai pakaian rasmi Selangor […]
SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalin kerjasama dengan Universiti Internasional Batam (UIB) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama dalam memperkukuhkan hubungan akademik dan pembangunan pelajar. Melalui kerjasama ini, kedua-dua universiti akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti pertukaran pelajar, kolokium akademik bersama, latihan kepimpinan pelajar, dan projek khidmat komuniti rentas negara. UiTM diwakili Pengarah […]
SHAH ALAM— Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan tujuh pingat emas di temasya Varsity Combat Sports (VCS) yang akan berlangsung di Shah Alam dan Putrajaya dari 12 hingga 16 November. UiTM menghantar seramai 37 atlet dan empat pengurus pasukan daripada tiga sukan tempur iaitu Taekwondo, silat dan Karate. Pengurus pasukan Taekwondo, Muhammad Fahmi Mohd Nizam berkata, […]
SHAH ALAM—Edisi pertama Pickle Fest 2025 mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 204 peserta membabitkan 102 beregu. Kejohanan sulung ini menyaksikan penyertaan pemain tempatan yang berentap dalam empat kategori utama iaitu Novice Men’s Doubles, Novice Women’s Doubles, Novice Mixed Doubles dan Intermediate Men’s Doubles. Dalam kategori Novice Men’s Doubles, pasangan Lau Wye Kit dan Lee Kok […]
SHAH ALAM – Deretan gerai beraneka makanan dan persembahan pempengaruh media sosial sudah cukup menarik kehadiran pengunjung ke acara Senja di Elmina di Tasik Elmina, Shah Alam, di sini. Program berkonsepkan pemandangan matahari terbenam anjuran Sime Darby Property berkenaan menambahkan lagi tarikan sedia ada di kawasan tersebut. Pengurus Program, Haziq Hamid berkata acara tersebut bukan […]
SHAH ALAM – Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan berikutan peningkatan harga barangan basah terutama ikan dan sayur di beberapa pasar sekitar Lembah Klang yang didakwa semakin membebankan sejak kebelakangan ini. Tinjauan Shah Alam Times di Pasar Seksyen 6, Shah Alam mendapati harga ikan, udang dan sayur menunjukkan peningkatan ketara dipercayai berpunca daripada cuaca tidak menentu, banjir […]
SHAH ALAM – Syarikat perkhidmatan katering, Sidah Catering Services (M) Sdn. Bhd. meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dalam bidang pendidikan dengan menaja pelbagai aktiviti anjuran institusi pengajian tinggi dan sekolah di negeri Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif Sidah Catering, Datuk Mohd Adam Mohd Anuar berkata, penajaan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam menyokong pembangunan […]
