Monthly Archives: November 2025
SHAH ALAM – Semua pengusaha pusat servis kenderaan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diingatkan supaya mematuhi garis panduan aktiviti yang disediakan jika tidak mahu berdepan sebarang tindakan undang-undang. Timbalan Setiausaha Pembangunan MBSA, TPr Aniza Osman berkata, peringatan tersebut dibuat susulan didapati banyak syarat-syarat yang ditetapkan gagal dipatuhi di samping aduan orang ramai […]
HERMOSILLO, MEXICO — Sekurang-kurangnya 23 termasuk enam kanak–kanak maut, manakala 12 lagi cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah kedai barangan murah Waldo’s di pusat bandar Hermosillo, negeri Sonora, Mexico, pada Sabtu. Menurut laporan awal Palang Merah Mexico, mangsa terkorban terdiri daripada 12 wanita, lima lelaki, empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan. Semua mangsa yang […]
SHAH ALAM – Pusat beli-belah ikonik bandaraya ini, Plaza Alam Sentral ditutup bermula 1 November 2025 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian. Sepanjang tempoh itu juga, semua premis yang beroperasi di bangunan tersebut turut akan ditutup buat sementara waktu, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengurusan Plaza Alam Sentral, semalam. Perancangan untuk memberi wajah […]
Shah Alam – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dilantik Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pelantikan tersebut dibuat dalam satu majlis khas di bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin di sini, hari ini. Mengulas perkara tersebut, penyanyi nombor satu negara itu berkata, pelantikan ini dapat menjadi jambatan antara dunia industri […]
Hunan, China – Kisah seorang penghantar makanan kurang upaya menarik perhatian ramai apabila usahanya mencari rezeki walau dalam kekurangan fizikal menjadi simbol ketabahan dan semangat berdikari dalam kalangan masyarakat tempatan. Li Xiangyang, pemuda berasal dari wilayah Hunan yang kehilangan kedua-dua tangannya sejak kecil lagi, kini mengetuai sebuah pertubuhan kebajikan dan terus mencabar kebolehan dirinya. Dia […]
SHAH ALAM – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Shah Alam lega selepas beberapa kerja mitigasi banjir di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjalan lancar seperti yang dijadualkan, sekaligus memberi harapan kepada usaha mengatasi kejadian banjir yang kerap berlaku sebelum ini. Menurut seorang penduduk di Jalan Kebun, Iwan Azzam Shahriyal, 30, inisiatif ini merupakan […]
SHAH ALAM — Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Festival Delima (FESMA) 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang diadakan di Kolej Kediaman Delima, di sini pada 30 Oktober hingga 2 November 2025 lalu. Pengarah Program, Muhammad Raziff Razak, 21, berkata, sambutan terhadap festival tersebut sememangnya jauh melebihi jangkaan pihaknya iaitu sekitar 1,000 pengunjung. “Bilangan […]
SHAH ALAM – Walaupun diduga masalah kesihatan yang kritikal, mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor nekad menyiapkan penulisan buku sulungnya sambil menerima rawatan di hospital. Beliau yang merupakan Naib Canselor wanita UiTM pertama bersyukur dapat merealisasikan penerbitan buku tersebut. “Saya bersyukur, tapi dalam masa yang sama saya risau […]
Shah Alam – Pengasas Hot Spot Mart, menzahirkan rasa terharu apabila menerima kunjungan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin beberapa hari lalu. Menurut Jason Teh, 48, kunjungan itu diterimanya setelah dia menghantar sepucuk surat kepada Dr. Shahrin pada 23 Oktober lalu. Jelasnya, surat berkenaan ditulis bagi […]
SHAH ALAM – Kompleks Kolam Renang Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) mencipta sejarah baharu apabila dipilih menjadi hab utama bagi melahirkan atlet sukan selam skuba peringkat kebangsaan bermula tahun ini. Presiden Sport Diving Association Malaysia (SDAM), Norazila Mohd Kamarudzaman, berkata pemilihan tempat latihan tersebut dibuat selepas mengambil kira kemudahan prasarana yang memenuhi standard piawaian […]
