Monthly Archives: November 2025
SHAH ALAM – Pernah dipandang rendah oleh gurunya ketika di bangku sekolah gara-gara kurang menyerlah dalam subjek sains dan matematik, seorang graduan doktor falsafah membuktikan bahawa usaha tanpa jemu dan niat yang betul mampu mengubah nasib seseorang. Bagi penerima Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor, pengiktirafan tertinggi bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di UiTM, Dr. Anwar […]
SHAH ALAM – Pasangan kembar, Nur Busyera Mohd Tarmizi dan adiknya, Nur Batrisya Mohd Tarmizi, 21, teruja apabila dapat berkongsi pentas konvokesyen selepas menamatkan pengajian Diploma Analisis Pelaburan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Johor kampus Segamat. Kejayaan tersebut lebih bermakna apabila Batrisya menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik cemerlang sepanjang […]
SHAH ALAM– Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Shah Alam dibuka bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas, di sini. Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS yang dibuka iaitu, SK Seksyen 16 yang menempatkan 253 mangsa daripada 65 keluarga. Manakala SRA JAIS Seksyen 16 dan Masjid Al Falah Kampung Budiman masing-masing menempatkan 264 […]
SHAH ALAM – Tindakan seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberikan isyarat kurang sopan kepada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan meminta baginda memandang ke arah kamera semasa menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen ke-103 universiti tersebut mendapat kecaman hebat netizen. Dalam video berdurasi 11 saat yang dimuat naik ke akaun Instagram Fakulti Sains dan […]
SHAH ALAM – Hujan lebat yang melanda Shah Alam pagi ini menyebabkan paras air meningkat dengan pantas di beberapa kawasan perumahan dan jalan raya utama. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan amaran bagi menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan kawasan-kawasan berisiko tinggi. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MBSA, beberapa kawasan dilaporkan terjejas […]
SHAH ALAM – Kecederaan tidak menghalang Muhammad Haiqal Hasnor, 23, untuk berusaha menempatkan diri dalam senarai 14 pemain akhir skuad futsal Harimau Malaya ke temasya Sukan SEA 2025 di Thailand yang akan membuka tirainya pada 9 hingga 20 Disember ini. Pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM masih menahan kesakitan kerana psoas muscle tear, […]
SHAH ALAM – Dua atlet taekwondo Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nik Nisrina Nasrullah dan Halimah As-Sa’adiyah bertekad untuk kekal fokus menjelang pemilihan akhir ke temasya sukan Asean University Games (AUG) yang akan berlangsung tahun hadapan. Menurut Halimah, dia dan Nik Nisrina perlu bekerja lebih keras dalam mempersiapkan diri menuju temasya dwi tahunan itu. “Menjelang AUG […]
SHAH ALAM – Seramai 32,630 graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerima diploma dan ijazah mereka masing-masing bersempena Istiadat Konvokesyen ke-103 bermula 19 November hingga 9 Disember. Sidang pertama Istiadat Konvokesyen disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang merupakan Canselor UiTM. Seramai 1,215 graduan pascasiswazah menerima ijazah mereka, manakala 15 graduan turut menerima Anugerah Graduan […]
SHAH ALAM – Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Mohamad Adib Hazim Mohamad Razali, dipilih menyandang jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bagi sesi 2025/2026, sekaligus melakar sejarah sebagai YDP pertama daripada ACIS yang menjawat jawatan tersebut. Pemilihan Mohamad Adib Hazim, 22, dibuat dalam satu mesyuarat tertutup […]
SHAH ALAM — Ketika daya tahan tanah pertanian semakin terhakis akibat penggunaan intensif dan tindak balas iklim, intervensi segera perlu dilakukan bagi memastikan bekalan makanan masa depan mencukupi. Antaranya konsep pertanian regeneratif, pendekatan pertanian lestari yang diyakini situasi menang-menang kepada industri dan alam sekitar. Pakar Bioteknologi dan Biakbaka Tanaman, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Madya […]
