Krisis Asia Barat Jejas Corak Perbelanjaan Mahasiswa IPT
SHAH ALAM – Krisis bekalan global dilihat memberi kesan kepada ekonomi mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT), sekaligus memaksa mereka untuk mengubah corak perbelanjaan harian. Tinjauan oleh Shah Alam Times mendapati rata-rata mahasiswa IPT sekitar Shah Alam mengalami tekanan yang sama apabila kos sara hidup mereka mengalami peningkatan yang mendadak, terutamanya barangan asas dan keperluan akademik. […]
